Izreen Azminda alami pendarahan, alahan yang agak teruk

Izreen Azminda kini sedang mengandung anak pertama hasil perkahwinan dengan Ude Wahid atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid.

Sepanjang proses kehamilannya, pelakon ini memberitahu dia telah mengalami pendarahan dan alahan yang teruk selama tiga bulan awal kehamilan anaknya itu.

Izreen yang kini berumur 34 tahun, berkata dia tidak boleh mengangkat barang berat dan melakukan pergerakan yang banyak ketika itu.

Ini pendedahan dari Izreen Azminda:

“Masa tiga bulan awal kehamilan itu memang saya tak boleh buat apa-apa. Saya mengalami alahan yang teruk dan pendarahan sepanjang tiga bulan tu.

“Kalau angkat barang berat je, akan berlaku pendarahan. Jadi, saya kena kurangkan pergerakan sepanjang waktu tu. Selain itu, memang kerap muntah la.

“Tapi Alhamdulillah semua tu saya alami hanya untuk tiga bulan sahaja. Selepas daripada itu, saya dah okay. Semuanya berjalan dengan baik,”

Selepas sahaja tiga bulan diuji dengan pelbagai masalah, pelakon ini berkata kesihatan dirinya dan juga kandungan bertambah baik dan semakin okey.

Ketika ini, kandungan Izreen Azminda kini sudah memasuki enam bulan dan dia dijangka bakal melahirkan cahaya matanya pada awal Julai depan.

Apabila ditanya tentang jantina anak, Izreen dan suaminya masih belum dapat mengetahui samada anak mereka itu lelaki atau perempuan dan mereka hanya akan berkongsi perkara itu sekiranya sudah ada pengesahan daripada doktor.

Izreen berharap untuk dikurniakan anak perempuan memandangkan anak sulung hasil perkahwinan terdahulu adalah lelaki.

“Buat masa sekarang memang tak tahu lagi jantina anak kami. Bila buat pemeriksaan tak nampak pula. Tapi kalau dah ada pengesahan, sudah tentu kami akan berkongsi.

“Sudah semestinya saya berharap juga dapat anak perempuan. Sebab dah ada anak lelaki. Tapi kalau bayi ni pun lelaki, saya okey juga. Janji bayi saya sihat,”

Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada tahun 2012 tetapi dua tahun kemudian mereka mengumumkan berpisah.

Hasil perkahwinan pertama, mereka berdua dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Adrian Umar yang kini sudah berusia 5 tahun.

Setelah bercerai, Izreen Azminda dan ude Wahid iaitu pemuzik program Gegar Vaganza berkahwin pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here