Isteri Sahkan Tauke Dah Ceraikannya Menerusi Whatsapp.. Puncanya “Orang Ketiga”

Ini satu berita terkini tentang masalah rumah tangga Tauke Raja Lawak.

Memang ada terdapat ura-ura rumah tangga Tauke Jambu dan isterinya dikatakan retak menanti belah apatah lagi Tauke ada menulis caption berkaitan tanda-tanda isteri derhaka. Namun begitu,Tauke sebelum ini telah menafikan perkara tersebut.

Dalam perkembangan terkini, menerusi laporan dari portal Astro Gempak, isteri kepada pelawak itu, Nadia Mohd Affandi akhirnya telah mengesahkan mereka telah berpisah sejak masuk tahun ini. Menurutnya, dia diceraikan hanya menerusi kiriman rakaman suara di aplikasi WhatsApp ketika berada di kampung.

“Apa yang saya boleh cakap sekarang ini, kami sudah berpisah sejak masuknya tahun baru. Keretakan rumah tangga kami adalah berpunca daripada orang ketiga.

Menurut Nadia, ini bukan kali pertama dia bergaduh bersama Tauke membabitkan soal orang ketiga. Walaupun Tauke mencuba untuk berbaik, namun sabarnya sudah hilang kerana ini bukan kali pertama.

“Tauke mempunyai ramai kawan perempuan, jadi agak susah untuk saya menghidu kegiatan Tauke pada awalnya. Sejak akhir-akhir ini, Tauke mempunyai hubungan dengan seorang wanita dari seberang.

“Sebenarnya, sudah banyak kali saya dimaklumkan oleh rakan yang mereka ada bertemu dengan Tauke bersama wanita tersebut. Kami juga pernah berbincang mengenai permasalahan ini tetapi Tauke tidak mengaku dia mempunyai hubungan dengan wanita terbabit.

Sebelum ini, Nadia sudah dimaklumkan beberapa kali oleh rakan-rakan terdekat suaminya itu ada dilihat bersama wanita lain. Namun Tauke selalunya tidak mengaku.

Namun akhirnya Nadia ada bukti dan seseorang mengambil gambar suaminya itu dengan seorang wanita.

“Akhirnya, ada seorang hamba Allah yang mengambil gambar pasangan itu ketika mereka makan di sebuah kedai, bertempat di Port Dickson lalu di-‘mention’-kan di Instagram milik Tauke.

“Saya melihat gambar mereka berdua memandangkan saya mempunyai akses untuk memasuki Instagram Tauke. Kami bergaduh dan akhirnya, perpisahan yang dipilih.

Tambah Nadia, dia akan membawa kes rumah tangga nya ini ke mahkamah dalam masa yang terdekat.

Untuk pengetahuan, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, ayng diberi nama Zamatul Khayla Aydin.

Mereka berkahwin pada 9 Disember 2017.

Sumber : Astro Gempak / Oh Bulan

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here