Isteri Kanser Tahap Tiga Buat Kejutan Untuk Suami, Tapi Lain Jadinya

Semua tahu pasaukan Malaysia telah menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lepas.

Tetaapi ada kisah sedih disebalik kemenangan pasukan Harimau Malaya, tentang seorang isteri yang berhasrat menyaksikan perlawanan sengit menentang skuad Garuda itu dengan suaminya.

Difahamkan bahawa wanita itu mahu membuat kejutan kepada suaminya dengan menghadiahkan dua tiket perlawanan Malaysia-Indonesia untuk ditonton bersama.

Dia yang sudah berkahwin sejak tiga tahun lalu, telah menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada suaminya dengan penuh semangat sebagai petunjuk bahawa ada satu kejutan yang akan terjadi.

Dia meluahkan perasaan di halaman Facebook Kisah Rumah Tangga dan ini antaranya:

“Saya hantar WhatsApp beritahu – balik awal tau, saya ada surprise bila awak balik nanti. Dia kemudian balas – tak bolehlah, saya ada banyak kerja lagi. Kena kerja OT (lebih masa). 

“Tapi tak apa, saya faham sebab suami mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Jadi, saya beri tiket perlawanan tu kepada abang-abang saya. Saya duduk seorang bersama anak di rumah,”

“Masa tengah online Instagram, tiba-tiba ada kawan DM (mesej secara langsung) hantar paparan skrin gambar suami saya dengan perempuan lain sedang menonton perlawanan bola kat stadium.

“Lepas tu saya terus stalk perempuan tu kat Instagram, rupa-rupanya betul yang suami tipu saya. Mati-mati saya percayakan dia selama ini,” 

“Saya nampak perempuan tu update gambar-gambar mereka dating pada waktu yang suami saya kononnya balik OT hingga lewat malam tu.

“Sakit hati saya, dah la mereka berpegangan tangan dan mesra, mereka menjalinkan hubungan yang selama ini pun saya tak tahu.

“Siap perempuan tu ada tag yang dah check in kat satu hotel. Alahai, saya tak tahu apa nak buat? Saya asyik terfikir apa salah saya. Apa kurang saya, mungkin dari kecantikan saya kalah kot,”

“Saya tengah hidap kanser rahim tahap tiga. Saya cuma nak berpesan kalau saya dah tak ada nanti, abang tolong jagakan baby kita ye. Dan perempuan tu boleh jadi mak tiri kepada anak kita. 

“Saya cuma nak luangkan masa dengan abang saja, dan masa inilah sesuai sebab abang suka tengok bola. Terima kasih budi baik abang selama ini. Anak kita tu jaga elok-elok ya,” 

Wanita tersebut amat terkejut apabila mengetahui bahawa suaminya curang dan pergi menonton bola dengan ex girlfriendnya. Berita tersebut telah diberitahu oleh kawannya.

Bukti kecurangan mereka jelas kelihatan menerusi gambar mereka yang keluar bersama malah berpimpinan tangan bersama.

Wanita yang juga menghidapi kanser rahim tahap tiga redha dengn apa yang berlaku dan berharap agar jika dia sudah tiada perempuan tersebut dapat mengantikan tempatnya dan menjadi ibu tiri kepada anaknya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here