Ismail Izzani Akui Amat Menyayangi Kekasihnya

Penyanyi baru popular, Ismail Izzani berkata secara terbuka bahawa dia amat menyintai aweknya yang kini juga penyanyi baru yang lebih dikenali dengan nama Shalma Eliana atau Yana.

Penyanyi yang berusia 19 tahun ini juga menjelaskan bahawa hubungan mereka juga sudah diketahui dan saling menegenali satu sama lain.

Ini komen Ismai lagi tentang hubungan cintanya serta kariernya:

“Kami memang rapat dan dia pun suka muzik. Malah, ibu bapa kami pun kenal di antara satu sama lain. Saya berkongsi apa yang tahu. Bagi saya ia sesuatu yang bagus.

“Apatah lagi dia masih baru dalam industri muzik dan baru keluarkan single. Jadi, apa salahnya dia datang acara dan tengok suasana macam mana. Sayang memang sayang. Saya sayang dia,”

“Kalau kata nak dia menggunakan saya, itu perkara pertama saya fikir dulu. Tapi, mengenalinya sejak dari tingkatan dua, dia bukan sebegitu.

“Apabila kami sudah mula berkawan dan kenal betul-betul, dia seorang yang ikhlas. Dia juga ‘sweet girl’,”

“Ini kali ketiga lagu saya layak ke peringkat separuh akhir. Jadi, untuk kali ini saya meletakkan harapan tinggi pada lagu ini. Ketika menulis lagu ini saya letakkan sepenuh hati sebab ia khas buat mak saya.

“Malah, untuk menyanyikan lagu ini depan mak saya memang lain. Ditambah lagi dengan adanya juri dan penonton. Pendek kata, lagu ini sangat bermakna buat saya.

“Walaupun tidak dipilih menjadi lagu terbaik, saya berharap ia layak ke peringkat AJL 34 nanti,”

Penyanyi yang kian meningkat naik ini telah berkata bahawa Yana iaitu buah hatinya adalah seorang gadis yang ikhkas malah bukan mahu meraih popularity bersamanya.

Dia yang mengenali Yana sehak dari tingkatan dua menyifatkan bahawa gadis itu sangat sweet dan dia memang amat menyayangi kekasihnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here