Desas desus tentang gosip yang melanda pelakon Isa Khan yang dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya hangat diperkatakan di media sosial.
Menerusi laman Instagran miliknya pelakon kacak ini selalu mengunakan tanda pagar #countingdays telah berkongsi kisah cinta yang dikatakan cukup singkat.
Menurut pelakon Isa Khan lagi dia berasa bersyukur kerana perjalanan jodohnya akan berakhir ke jenjang pelamin tidak lama lagi.
Pelakon ini ada meluahkan perasaannya di Instagram dengan status kapsyen:
“Sudah pasti ga sesingkat ini cerita cinta aku, untuk bisa memiliki kamu setelah menyebut kamu dalam doa” aku. Ada banyak cerita, ada banyak usaha, ada banyak pemantasan diri untuk pantas kamu cintai.
“Ada keseriusan, ada keberanian, ada keyakinan untuk menyatukan cinta. Tidak hanya banyak merayu, namun akan berani aku menghalalkan kamu di pelaminan. Barakallah,”
Dia yang menyifatkan bahawa tidak menyangka sama sekali bahawa percintaan yang dalam masa yang singkat akan membuatkan dia akan bertemu dengan pasangan hidup.
Menurutnya lagi, dia sedaya upaya dan berusha keras bagi memiliki hati milik kekasihnya itu.
Turut dikongsi adalah gambar dimana dua keping kad pengenalan yang dikatakan milik kekasih hatinya yang telah mengundang pelbagai reaksi dari para peminat.
Rata-rata para peminat telah membuat andaian bahawa bakal isteri Isa Khan adalah pelakon juga iaitu Risteena, namun tidak dapat dipastikan samaada dakwaan tersebut benar atau pun tidak.
Isa Khan adalah pelakon yang berasal dan warganegara Malaysia tetapi telah menetap dan menjadi pelakon di Indonesia. Malah abangnya juga seorang pelakon popular di sana.
Pelakon ini juga dikatakan bakal membuat pengumuman istimewa pada 19 November pada hari ini. Mungkin dia akan mendedahkan siapakah gadis bertuah yang akan menjadi bakal isterinya.