Instagram Lan Pet Pet teruk kena serang dengan netizen

Semalam menjadi viral tentang satu kes yang mana ada pelawak dikatakan telah aik angin dan memukul seorang pengawal keselamatan di Negeri Sembilan.

Ekoran kejadian itu, pelawak popular dikatakan disiasat pihak polis kerana disyaki bertindak kasar terhadap ‘pak guard’ itu yang merupakan seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun.

Kemduian, apabial isu ini menajdi viral, laman media sosial Instagram Lan Pet Pet pula yang dihujani komen panas dari netizen.

Jika dilihat di Ig Lan Pet Pet, memang tak ada posting post yang baru dan post kali yang terakhir adalah bertarikh 5 Mac dan ianya berkaitan mengerjakan umrah.

Digambar berkenaan, Lan Pet Pet yang pernah sinonim bersama kumpulan Senario itu terus kena ‘serang’ oleh netizen yang rata-rata kecewa dan tertanya betulkah Lan Pet Pet terlibat.

Rata-ratanya memberi reaksi pelbagai terhadapnya walaupun belum disahkan bahawa dia adalah pelawak yang terlibat oleh pihak berkuasa.

Ini antara komen netizen: (Media Hiburan)

Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.00 malam itu baru-baru ini, seorang pelawak popular didawka telah marah dan menumbuk muka pengawal keselamatan sebelum menendang mangsa.

Difahamkan, individu tersebut telah ditegur kerana tidak membuat catitan dalam buku pelawat sebelum memasuki sebuah kawasan perumahan di Nilai, Negeri Sembilan.

Kejadian ini menjadi viral apabila dirakam oleh video CCTV ditempat kejadian.

Sumber: IG Lan Pet Pet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here