Innalillahi wa inna ilayhi raji’un.. musnah dalam sekelip mata..

Memang amat sedih apabila satu pasangan pengantin baru ini yang sepatutnya melangsungkan persandingan mereka terpaksa berhadapan dugaan berat apabila rumah mereka hangus dijilat api. Kejadian yang berlaku dua hari sebelum majlis itu diteruskan hanya dengan akad nikah.

Lagi menambah sedih adalah apabila ibu pengantin perempuan kini berada di dalam wad akibat serangan jantung.

Ini perkongsian di laman media sosial FB bernama Fairi Lorenzo Aliyati

“Innallilawainhirogiun.. musnah dalam seklip mata.. Segala persiapan majlis musnah dijilat api sebelum majlis perkhawinan Asmieyz zahari dan amer shariq. Akadnikah wajib diteruskan keesokan nye..bertabahlah sesunggunhnye rahmat Allah itu besar… Sumber dari – sahabat fared.”

Ini fotonya:

Semoga pasangan pengantin baru ini tabah hadapi dugaan ini. Haish kesiannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here