Ini surat luahan hatinya… punca sebenar pelajar ini nak bunuh diri

Satu kes cubaan bunuh diri oleh seorang pelajar menjadi bualan ramai semalam.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah di Banting, Kuala Langat Selangor.

Polis telah mengesahkan tindakan seorang pelajar tingkatan satu cuba membunuh diri dari bumbung tingkat dua bangunan sekolah itu akibat kecewa cintanya ditolak seorang pelajar perempuan yang disukainya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman telah membuat siasatan awal dan mengesahkan hal berkenaan.

Siasatan mendapati pelajar berusia 13 tahun itu mengaku cintanya ditolak selepas meluahkan rasa hati yang terbuku kepada seorang pelajar perempuan di sekolah yang turut belajar di sekolah berkenaan.

Dikatakan, cintanya telah ditolak oleh pelajar perempuan sebaya dengan itu adalah kerana tidak meminati mangsa dan remaja perempuan itu lebih menyukai pelajar lelaki yang lain yang juga kawan mangsa.

Ini kenyataan polis:

“Berikutan itu, pelajar lelaki tersebut dikatakan putus asa dan mengambil keputusan untuk membunuh diri.

“Remaja berkenaan juga sempat menulis satu nota yang menjelaskan tujuannya untuk bunuh diri,”katanya ketika dihubungi Kosmo sebentar tadi.

“Setakat ini, kami belum menerima sebarang laporan polis dibuat oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa pelajar ini.

“Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lengannya semasa proses menyelamat dan telah di bawa ke hospital Banting untuk rawatan lanjut ,”

Malah pelajat tersebut juga ada menulis ssurat tentang hal tersebut.

Ini suratnya:

Berdasarkan keterangan guru kelasnya, sebenarnya pelajar remaja lelaki itu merupakan seorang pelajar yang baik dan pendiam serta tiada masalah disiplin.

Ketika kejadian, tindakan pantas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah berjaya mengagalkan cubaan membunuh diri seorang pelajar lelaki tingkatan satu dari tingkat dua bangunan sebuah sekolah menengah di sini tengah hari tadi.

Kes ini berlaku sekitar jam12.28 tengah hari di mana pelajar berkenaan naik ke atas bumbung dan ingin lompat sebelum di selamatkan pihak APM.

Sumber: KOSMO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here