Ini respon Normah Damanhuri tentang isu perkahwinan anaknya ada penari

Pelakon Normah Damanhuri menyatakan dia tak nak komen keterlaluan tentang apa yang berlaku melibatkan anaknya, Ahya Rosli yang menjadi bualan ramai.

Bagi pelakon veteran ini, apa yang penting baginya adalah anaknya kini dag selamat bernikah dan bergelar suami orang.

Itulah antara respon dari Normah Damanhuri tentang perkahwinan anaknya.

Ia susulan ada video rakaman seorang penari berpakaian agak terdedah membuat persembahan menari aksi yang agak keterlaluan ketika membuat persembahan pada acara makan beradab di majlis perkahwinan Ahya Rosli di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Video berkenaan pada mulanya telah dimuat naik oleh kakak Ahya, iaiu Liana Rosli yang dikenali sebagai Kak KM di ruangan Instastory miliknya.

~LIHAT VIDEO FULL (DISINI)

Normah ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia tahu apa yang berlaku dan segala pengisian di dalam majlis tempoh hari dipersetujui seluruh ahli keluarga.

Ini komen ringkas dari Normah Damanhuri:

“Pasal jemputan itu (penari), keluarga sama-sama tahu. Saya tak nak komen lebih-lebih, nanti panjang cerita.

“Yang penting, anak saya sudah selamat bernikah,”

Dalam pada itu, Ahya dalam satu kenyataan di sebuah portal hiburan berkata, persembahan berkenaan sekadar hiburan untuk para tetamu di majlsi perkahwinan berkenaan.

Ahya tak mahu melayan kecaman yang diterima secara bertalu-talu serta kutukan dan kritikan dari para netizen. Baginya, itu adalah adalah haknya sebagai tuan rumah.

Antara ayat yang digunakan ialah suka hati dia nak buat apa kerana itu adalah majlis perkahwinannya.

Dia juga menganggap netizen dan makcik bawang yang mengecam tindakan pihaknya menjemput penari itu sebagai tak ada kerja dan hanya mahu mengganggu kehidupan orang lain semata-mata.

Untuk pengetahuan Ahya Rosli selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Shahirah Sanusi pada 29 Mac lalu di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here