Ini puncanya kenapa Wany Harita beriya-iya menangis tengok persembahan Sufian Suhaimi

Bintang Paling Popular tahun lalu iaitu Wany Hasrita dilihat telah menangis dan tidak mampu menahan air mata ketika menonton persembahan Sufian Suhaimi ketika membawa lagu Di Matamu di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) hari Ahad yang lalu.

Apabila ditanya tentang hal ini, Wany Hasrita tampil memberi jawapan kenapa dia menangis.

Kata Wany Hasrita, sebenarnya bukan dia sahaja yang mengalirkan air mata, malah ramai lagi penonton yang berada di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil turut sebak sampai nak menangis tatkala menyaksikan persembahan tersebut.

Ini komen Wany Hasrita:

“Rata-rata dalam stadium menangis, bukan Wany seorang sahaja… cuma kamera tunjuk saya dan Ernie Zakri ketika itu.

“Apa yang cuba Sufian tunjukkan pada malam itu sampai kepada kami. Semua tahu lagu itu memang sedih dan apabila Sufian letakkan syair pada awal lagu itu memang menyentuh jiwa.

“Lagu tu sedih, ditambah puisi diawal nyanyian, prop dan persembahan memang dapat kami rasa,”

Dalam pada itu, Wany hasrita berkata, baginya lagu Di Matamu sememangnya layak menjadi pemenang untuk kategori Persembahan Terbaik.

Di pentas AJL33, Sufian Suhaimi dipilih sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, sebuah telefon pintar serta trofi.

Persembahan penyanyi itu turut mencuri tumpuan netizen apabila ada yang mengaitkan hiasan pentas persembahan seakan-akan pelamin persandingan milik bekas tunangnya Elfira Loy ketika pernikahannya pada 1 Januari lalu dengan jejaka bernama Faris.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here