Ini punca sebenar kenapa penyokong boikot perlawanan Malaysia vs Singapura

Nampaknya, stadium dilihat agak kosong ketika Malaysia menentang pasukan Singapura dalam pertandingan Piala Air Marine malam ini.

Rupanya, ada penyokong setia yang telah memboikot perlawanan Malaysia pada malam ini. Apa sebabnya?

Ultras Malaya, penyokong kuat pasukan boal sepak Malaysia mengatakan bahawa pasukan Harimau Malayai telah dieksploitasi menyebabkan mereka tak datang menyokong.

Ini kerana tiket perlawanan Piala Air Marine yang berharga RM35, sekumpulan penyokong setia skuad Harimau Malaya iaitu Ultras Malaya membuat keputusan untuk memboikot kejohanan empat penjuru yang dijadualkan berlangsung pada 20 Mac dan 23 Mac ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ia dilakukan ekoran tidak bersetuju dengan sebarang eksploitasi ke atas skuad Harimau Malaya untuk kepentingan dan keuntungan poket pihak-pihak tertentu.

Ini kenyataan dari pihak Ultras Malaya:

MAKLUMAN KEPADA SEMUA EKOR,

“Ultras Malaya sekeras-kerasnya mengutuk dan tidak akan pernah bersetuju dengan sebarang eksploitasi ke atas skuad Harimau Malaya untuk kepentingan dan keuntungan poket pihak-pihak tertentu.

“Semua sedia maklum bahawa skuad Harimau Malaya kita akan dieksploitasikan di dalam kejohanan Piala Air Marine ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan ke atas semangat dan keinginan penyokong yang inginkan ranking FIFA skuad kebangsaan kita meningkat. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusof Mahadi dalam temubual dengan pihak media dalam keadaan tergagap-gagap.

“Piala Air Marine ini sebenarnya hanyalah satu perlawanan persahabatan kelas A yang akan memberikan mata FIFA sebagai aksi persahabatan. Persoalannya di sini mengapa dan apa rasionalnya pihak penganjur ProEvents mengenakan caj tiket(RM35) yang melebihi dari harga tiket perlawanan persahabatan yang biasa iaitu RM20? Sedangkan perlawanan Piala AFF pun RM30 untuk peringkat kumpulan, satu kejohanan peringkat rantau ASEAN yang juga memberikan kiraan mata yang sama dengan persahabatan kelas A. Jelas mereka ini mahu mengaut keuntungan atas angin dan mengambil kesempatan ke atas semangat kita semua selaku ekor Harimau Malaya.

“Harga RM35 untuk 2 perlawanan? Satu perkara yang tak berpatutan! Jelas sekali majoriti kita tidak akan menonton perlawanan pasukan lain, ini hanya alasan untuk menutup ketamakkan mereka

“Kenapa FAM memberi kebenaran kepada pihak ke-3 untuk mengeksploitasi pasukan Harimau Malaya sedangkan pihak FAM boleh sahaja mengadakan perlawanan persahabatan kelas A seperti biasa dengan mengenakan caj tiket RM20 seperti selalu. Mengapa perlu diwujudkan kejohanan seperti ini sedangkan jelas tidak ada kelebihan pun kepada skuad kebangsaan, kiraan mata FIFA tetap sama iaitu mata untuk persahabatan. Jelas eksploitasi telah berlaku ke atas skuad Harimau Malaya.

“Berapakah nilai tajaan dari Air Marine sehinggakan berbaloi untuk FAM selaku badan induk menyerahkan skuad Harimau Malaya untuk dieksploitasi? Pasti ada nilai tajaan, mengapa tidak diumumkan nilai tajaan? Ada pihak yang nak main belakang dengan wang tajaan?

“Kepada semua ekor-ekor Harimau Malaya, pihak Ultras Malaya telah sebulat suara untuk tidak menyokong dan memberi walau satu sen kepada para kapitalis yang mengeksploitasi skuad Harimau Malaya kita, dengan kata yang lebih mudah ialah “CURVA OFF” untuk Stadium Nasional Bukit Jalil. Tiket percuma ke, tiket apa ke, kita “CURVA OFF”.

“Maklumkan kepada semua ekor-ekor sekalian, jumpa kalian di Curva SSA untuk Kelayakan AFC-U23.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here