Ini Perkongsian Anak Bongsu, Dedah Detik Akhir Arwah Saleem… Al Fatihah

Penyanyi legenda dari kumpulan Iklim iaitu Saleem atau naam penuhnya AM Saleem Abdul Majeed, telah disahkan meninggal dunia dan menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, di sini pada jam 6.30 pagi tadi.

Arwah Saleem pergi buat selamanya selepas 22 hari Saleem itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ICU, PPUKM kerana kemalangan jalan raya di Bandar Mahkota Cheras.

Anak bongsunya, Muhammad Amirul Mukmin, berkata arwah bapanya berada dalam keadaan kritikal sejak semalam.

Ini cerita dari anak bongsu Saleem:

“Akibat hentakan kuat ketika kemalangan, otaknya bengkak, sekali gus menyukarkan penafasannya. Selepas koma hampir dua minggu, arwah mula sedar, tetapi keadaannya semakin lemah.

“Walaupun kelihatan ceria, kami nampak banyak perubahan pada arwah terutama apabila bibirnya berubah pucat. Doktor mengambil keputusan menidurkannya kerana arwah mengadu mengalami sakit kepala yang amat sangat apabila sedar”

Amirul berkata, doktor telah menghubungi keluarganya sekitar jam 5.30 pagi tadi selepas keadaan bapanya semakin kritikal.

“Arwah terpaksa diberikan bantuan kecemasan, tetapi menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 pagi. Kami reda dengan pemergian arwah kerana sudah bersedia dengan segala kemungkinan selepas melihat keadaannya yang semakin kritikal”

Jenazah penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu akan dibawa ke surau As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Tun Hussein Onn selepas solat Zuhur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here