Ini Penjelasan Bentuk Cupcake Tak Senonoh Di Bachelorette Party Nelydia Senrose

Mula kecoh tentang gambar cup cake yang dihidang kan ketika satu majlis Bachelorette Party yang dibuat untuk pelakon Nelydia Senrose. Ini gara-gara bentuknya yang agak melampau dan tak senonoh.

Rakan kepada Nelydia Senrose iaitu pelakon Nadiyah Shahab tampil memberi komen tentang hal berkenaan setelah dia yang muat naik foto berkenaan di laman IG miliknya dan terus jadi viral.

Nadiyah yang antara rakan baik Nelydia dan berada di majlis berkenaan berkata, manisan cupcake itu disediakan pihak katering dan ianya sekadar untuk memenuhi tema acara.

Kata Nadiyah, dia terpanggil untuk menjelaskan perkara itu dan tidak mahu orang ramai menganggap majlis terbabit diibaratkan bak parti liar.

Ini komen Nadiyah:

TENTANG CUPCAKE TAK SONONOH

“Nelydia tidak tahu apa-apa mengenai kejutan ‘Bachelorette Party’ itu. Dia tidak patut dipersalahkan,”

“Makanan yang dihidangkan pada malam itu disediakan oleh pihak katering yang mengikut tema majlis iaitu ‘Pyjamas Bachelorette Party Nelydia Senrose’.

“Ketika memuat naik gambar juadah makanan di Instagram, saya tidak fikir apa-apa dan tidak menganggap ia menjijikkan. Niat saya hanya mahu berkongsi gambar makanan yang ada pada majlis itu.

“Saya tidak faham kenapa orang perlu mengecam sedangkan ramai saja yang buat manisan sebegitu untuk suka-suka. Lagipun, bukan kami buat perkara tidak baik sepanjang majlis berlangsung,”

MAJLIS NI UNTUK NELYDIA

“Niat kami baik iaitu mahu memberi kejutan kepada Nelydia yang bakal menamatkan zaman bujang. Kami mahu menghargainya kerana dia wanita yang penyayang.

“Tiada lelaki dalam majlis itu dan semuanya wanita yang terdiri daripada kenalan rapat dan adik-beradik Nelydia.

“Ia hanyalah pertemuan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Nelydia yang bakal menempuh alam rumah tangga tidak lama lagi.

“Malah, majoriti yang hadir memuat naik video dan gambar aktiviti yang berlangsung sepanjang acara itu. Kami habiskan masa menghiburkan Nelydia dengan persembahan dan menonton video istimewa yang dibuat khas untuknya”

Majlis Bachelorette Party yang dibuat untuk Nelydia Senrose itu sempena pelakon berkenaan yang akan akhiri zaman bujangnya tak lama lagi dengan jejaka bernama Hafez.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here