Ini komen Neelofa tentang perkembangan kakaknya Nabila, Sharnaaz dan baby Jebat

Selebriti popular tanah air, Neelofa, menegaskan tidak mengetahui keseluruhan cerita membabitkan rumah tangga kakaknya, Noor Nabila dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad.

Bintang Paling Popular Ke-29 itu, mengakui memang tidak adil untuknya memberikan ulasan lanjut berhubung perkara berkenaan kerana tak tahu hal sebenar.

Ini komennya:

“Apa yang terbaik untuk dia (Nabila), saya tumpang gembira bagi pihaknya. Tetapi saya tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana tidak tahu keseluruhan cerita.

“Apapun, saya mengharapkan yang terbaik untuk Nabila dan anak saudara saya,”

itulah kata Neelofa ketika diminta mengulas mengenai hubungan Noor Nabila dengan Sharnaaz yang dikatakan kembali jernih.

Untuk pengetahuan, hubungan pasangan suai isteri ini semakin baik sejak anak mereka, Jebat Jayden Ahmad, dimasukkan ke hospital kerana jangkitan saluran kencing (UTI).

Khamis lalu, Sharnaaz berkongsi, Jebat selamat menjalani pembedahan dan meluahkan perasaan syukur serta berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan anak lelakinya yang berusia lapan bulan itu.

Sebelum ini, pasangan selebriti itu tidak menghebahkan perkara berkenaan kerana akur, ramai lagi anak kecil yang mengalami masalah kesihatan lebih serius.

Ini komen Neelofa lagi:

“Setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. Nabila sangat kuat dan sabar berdepan dengan ujian ini, apatah lagi Jebat masih kecil.

“Perniagaan kini diuruskan oleh saya kerana ingin memberikan ruang kepada Nabila untuk fokus kepada anak dan keluarga,”

Ketika Jebat mula-mula tidak sihat, kata Lofa, mereka sekeluarga sedih melihat dirinya yang masih kecil namun terpaksa keluar masuk hospital hampir lapan kali.

“Malah, kakak saya seperti sudah berumahtangga di hospital kerana kebanyakan masa dihabiskan di sana. Kami juga jarang berjumpa kerana saya turut terikat dengan jadual kerja yang padat.

“Jebat sendiri seakan-akan trauma apabila melihat jururawat dan selimut hospital. Saya memohon kepada semua untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak saudara saya,”

Dalam perkembangan terbaru di Instagramnya, Sharnaaz Ahmad mengajak orang ramai sama-sama menunaikan solat hajat untuk anak lelakinya di Masjid As Syakirin KLCC.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here