Ini Komen Elite Apabila Dapat Kedudukan Terakhir Di Minggu Pertama Gegar Vaganza

Kumpulan Elite yang dianggotai Azza, Watie, Abby, Linda dan Sasha adalah satu nama yang cukup popular satu masa dulu dan berjaya mencetuskan fenomena di bawah tunjuk ajar kumpulan KRU.

Kali ini, kumpulan ini kembali semula dan 3 orang ahli mereka iaitu Azza, Linda dan Sasha telah tampil bertanding di Gegar Vaganza musim ke-5. Pada minggu pertama saingan Ahad lalu, Elite berada di dalam ranking paling rendah dengan hanya mengumpul markah sebanyak 46.7%.

Pada minggu pertama, Amelina, Zamani dan Shafiee Rio berjaya memukau para penonton dan juga para juri tetapi Elite dilihat hanya beropuas hati di tempat terakhir.

Kumpulan Elite mengakui, berada di atas pentas besar di dalam sesebuah persembahan dengan berformatkan pertandingan merupakan suatu perkara yang amat mencabar. Bercerita tentang persiapan mereka, Sasha mewakili anggota yang lain mengakui memasuki GV5 merupakan suatu cabaran terbesar.

Ini kata Sasha Saidin:

“Itu adalah cabaran paling besar untuk kami, sebagaimana ramai yang tahu. Malah tahun ini merupakan yang pertama ada di antaran kumpulan muzik yang bertanding. Jadi kami pun kenalah ‘polish’ balik apa yang patut”

Ditanya mengenai kekuatan Elite yang sebelum ini sinonim dengan lima anggota berbanding hanya tiga di kalangan mereka yang bertanding di GV edisi ini, Azza mengakui mereka sudah pun terbiasa membuat persembahan dengan ahli yang tidak lengkap.

Ini pula komen dari Azza:

“Sepanjang bersama Elite pun, kalian sudah boleh lihat ada anggota yang silih berganti. Kita kenalah terima dan buat yang terbaik untuk GV5 ini. Malah, Watie sendiri pun menyatakan rasa sokongan pada kami, sokong dari jauh”

Menerusi minggu kedua saingan, kumpulan tersebut bakal mengalunkan lagu Bulan Cinta, nyayian asal daripada kumpulan trio Dangdut, Eva. Sama-sama kita tunggu persembahan dari kumpulan Elite.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here