Ini Kisah Sebenar Budak 3 Tahun Termasuk Dalam Mesin Dobi… Bukan Salah Ibu Bapanya!!

Agak kecoh di laman media sosial apabila ada tersebar satu video menunjukkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terperangkap di dalam mesin basuh sebuah kedai dobi layan diri. Kejadian berlaku di Taman bukit Sentosa, Rawang.

Video berkenaan menunjukkan orang ramai sedang cuba untuk membuka pintu dobi berkenaan apabila seorang budak terperangkap di dalam dan ianya terus menjadi perhatian ramai.

Pelbagai andaian timbul sehingga ada yang menyangka perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh ibu bapa kanak-kanak berkenaan. Ada dakwaan awal mengatakan ibu bapa kepada anak kecil berkenaan bergurau dan memasukkan anaknya ke dalam mesin tersebt. Ternyata ini tidak benar.

Menurut pengusaha dobi berkenaan, Mohamad Nazir Abd Razak, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam Isnin di premisnya itu diketahui selepas dimaklumkan bapa mangsa.

“Bapa mangsa menghubungi dan memaklumkan mengenai kejadian sebenar. Sudah pasti saya terkejut bagaimana anak dia boleh masuk dalam mesin basuh. Saya dimaklumkan perbuatan itu dilakukan bapa saudara mangsa dengan tujuan untuk bergurau. Saya sangka gurauan itu dilakukan kanak-kanak yang tak boleh nak berfikir, tapi lebih mengejutkan apabila diberitahu bapa saudaranya itu berusia lingkuan 20-an”

Rupanya yang buat perkara berkenaan adalah pakcik kepada budak 3 tahun tersebut yang bergurau dengannya. Pakck nya itu baru berumur awal 20an, masih remaja juga.

Dalam pada itu, Mohamad Nazir turut menasihatkan pengguna perkhidmatan dobi layan diri agar mengutamakan keselamatan dan tidak panik jika berhadapan situasi sama.

“Tahap keselamatan perlu diambil kira ketika menggunakan mesin dobi layan diri agar kejadian sama tidak berulang. Setiap mesin di kedai dobi selamat digunakan dan ia tidak akan berfungsi dengan sendiri. Paling penting, sentiasa baca arahan pada mesin berkenaan. Jika panik, hanya tekan butang ‘reset’ atau matikan suis dan pintu washer akan terbuka dalam masa beberapa saat”

Itulah hal yang sebenar, buakan salah ibu bapa budak tersebut, jadi janganlah mengecam mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here