Ini Kenyataan Penuh Dari Ernisha Dan Fazreen, Peserta Dewi Remaja Yang Kantoi Berparti

Ekoran penyebaran video yang berlaku pada minggu lepas yang melibatkan bekas juara Dewi Remaja 2018/2019 dan beberapa finalis lain, memang ramai yang kecewa dan terkejut.

Setelah bekas juara, Hanesha Hanee tampil mohon maaf dan kejuaraan ditarik balik, hari ini dua orang lagi datang untuk berhadapan dengan pihak pengurusan untuk sesi penjelasan.

Kedua mereka ialah Faizni Fazreen Fazera binti Faizul, 20 tahun dan Erni Nurshahira binti Khairul Zaman, 23 tahun.

Mereka berdua tampil untuk berjumpa dengan pihak Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah Remaja bagi kes yang melibatkan mereka.

Atas kesalahan melanggar kontrak yang telah mereka baca dan persetujui sebelum menyertai pencarian Dewi Remaja 2018/2019, gelaran finalis Dewi Remaja milik mereka terpaksa ditarik balik.

Di dalam kontrak tersebut, telah termaktub di bawah satu seksyen ‘Standard Terms and Conditions’ yang melarang para peserta daripada berkelakuan kurang sopan, tidak senonoh atau melakukan apa jua perbuatan dan membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti dan reputasi penganjur dan pemilik jenama iaitu Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan yang reputasi para peserta sendiri.

Fazreen dan Ernisha kini tidak lagi boleh dan dilarang sama sekali menggunakan nama Dewi Remaja dalam portfolio mereka.

Ini komen Ernisha:

“Di sini saya ingin memohon maaf kerana saya akui perbuatan melanggar kontrak itu adalah kesalahan saya. Saya berharap dengan pengakuan ini, isu ini tidak akan dipanjangkan,”

“Kami pun tidak mahu fikirkan mengenai apa-apa pertuduhan yang saya muat naik sebelum ini. Past is past, saya hanya ingin fikir secara positif. Mungkin ada hikmah kejadian ini berlaku.”

“Saya ingin gunakan waktu terdekat ini untuk memperbaiki diri sendiri dari dalaman. InsyaAllah hanya kemudian, saya akan menyertai kelas lakonan untuk memantapkan skil lakonan,”

Ini komen Fazreen:

“Saya memohon maaf, saya tahu ia kesalahan saya dan ia boleh menjejaskan nama saya serta syarikat. Saya berharap perkara yang lepas itu tidak lagi dikenang, dan semoga selepas ini hanya perjalanan karier saya yang diperkatakan.”

“Segala kelemahan yang akan cuba saya atasi. Mana yang jernih itu kita bawa ke depan, yang keruh itu kita tinggalkan. Dari segi karier itu, ada tawaran yang datang tetapi saya perlukan masa dulu untuk fokus untuk diri sendiri. But not too long.”

Ini pula komen Fazreen lagi buat peminat:

“Kepada followers kami berdua, masih ramai yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kejayaan kami. Untuk itu, kami berterima kasih. Diharap kalian semua masih boleh menerima bakat kami di dalam industri ini.

“Kami belajar daripada kesilapan ini, sama juga seperti kita yang pernah melakukan kesalahan sebelum ini. Bagi yang mengecam, kami ambil jalan untuk tidak menghantar reply kepada mereka.”

Sumber: REMAJA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here