Inalillah.. Anak Sulung Bob Lokman Meninggal Dunia

Anak sulung kepada selebriti popular, Bob Lokman yang bernama Mohamad Adam disahkan telah kembali ke Rahmatullah. Arwah baru meninggal dunia pada usia 25 tahun.

Dari laporan awal, Adam dikatakan telah pengsan dan tidak sedarkan diri kira-kira jam 1 pagi malam tadi dan akhirnya telah disahkan meninggal dunia.

Bok Lokman ternyata sedih dan sayu akan pemergian anak sulungnya itu apatah lagi Adam merupakan harapan keluarga dan seorang anak yang rajin serta amat disayangi ramai.

Tentang pemergian arwah, Bok Lokman berkata anaknya itu mempunyai sejarah ketumbuhan dalam otak dan kerap pengsan. Sebelum pemergiannya buat selamanya, arwah tidak menunjukkan tanda-tanda pelik atau hilang selera makan.

Ini kenyataan Bob Lokman:

“Semasa darjah dua, Adam disahkan ada ketumbuhan dalam otak. Selepas itu doktor berjaya buang ketumbuhan. Setahun juga Adam berada dalam wad. Meski Adam sudah menjalani kimoterapi, doktor maklumkan ketumbuhan ini boleh datang lagi. Disebabkan itu, Adam selalu pengsan.”

“Malam tadi, dia kejutkan saya dan bertanya nak gunakan berapa ekor ayam untuk berniaga pagi ini. Itu kali terakhir saya bercakap dengan Adam sebelum dia pengsan dan nazak pada 1 pagi. Sebelum ini Adam pernah pengsan. Apabila sedarkan diri, dia tidak ingat macam mana perkara itu boleh berlaku.

“Cuma, apa saya perasan sejak kebelakangan ini Adam semakin kurus, katanya dia tidak ada selera makan. Selebihnya, dia menunjukkan sikap biasa macam selalu. Dia seorang anak yang baik. Dia tulang belakang keluarga dengan membantu menguruskan perniagaan. Dia juga yang banyak bantu dan jaga saya ketika masuk hospital.”

Dalam pukul 2.00 awal pagi tadi, Ustaz Riduan Mohd Nor (rakan Bob Lokman) telah memaklumkan berita pemergian Adam menerusi group Facebook Gabungan Anak Terengganu.

Untuk pengetahuan semua, arwah Adam merupakan anak yang bertanggungjawab membantu dan menguruskan perniagaan nasi ayam Bob Lokman. Dia juga sering menjaga ayahnya itu sepanjang Bok Lokman terlantar di hospital.

Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Kuang, hari ini. Semoga arwah bersama orang-orang beriman dan dipermudahkan urusannya. Amin.

Salam takziah diucapkan. Al Fatihah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here