Ibu Bapa Sengaja Tolak Vaksin Berdosa – Mufti

Ada satu kes yang berlaku baru-baru ini di Johor Bahru apabila seorang kanak-kanak berusia 14 bulan telah meninggal dunia akibat mengalami serangan penyakit difteria yang teruk dan kegagalan multiorgan. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, keengganan keluarga kanak-kanak itu menerma imunisasi dfteria punca utama kepada kematian yang amat sadis itu.

Ekoran kes seperti ini, Mufti Perak iaitu Tan Sri Harussani Zakaria telah tampil menegaskan bahawa ibu bapa yang sengaja menolak vaksin boleh dianggap berdosa kerana tindakan mereka itu membahayakan nyawa anak mereka.

Menerusi satu laporan oleh portal FMT, Tan Sri Harussani Zakaria berkata ibu bapa seharusnya tidak mementingkan diri sendiri kerana pihak berkuasa agama sudah menerbitkan banyak fatwa berhubung keperluan vaksin dan imunisasi.

Ini penjelasan Mufti Perak:

“Kita telah buat fatwa banyak kali. Harus dan boleh kita pakai kalau tiada benda lain dan hanya itu sahaja yang ada, bahkan wajib kita pakai untuk menyelamatkan nyawa. Ibu bapa tidak sepatutnya fikir begitu. Kalau sudah dinasihatkan oleh pihak berkuasa kesihatan, mereka mesti ambil. Wajib ambil.

Harussani, yang juga ahli majlis fatwa kebangsaan, mengingatkan ibu bapa bahawa “Islam itu mudah” dan menggesa mereka memikir semula persepsi negatif terhadap vaksin.

Diimbas kembali, soerang lagi mufti iaitu Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pernah berkata dalam satu kenyataan pada tahun 2016, yang mana beliau telah menegaskan orang yang menolak penggunaan vaksin untuk mencegah penyakit berjangkit yang mengancam nyawa adalah berdosa.

Ini komen Dr MAZA pada tahun 2016:

“Islam melarang manusia memusnahkan diri secara sia-sia seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud ‘jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan’. Ayat ini jelas menyuruh kita melindungi diri dari sebarang bahaya. Tindakan yang mengakibatkan kemudaratan tidak wajar dipatuhi”

“Jika mereka (antivaksin) ada alternatif lebih baik untuk mengatasi sesuatu penyakit tidak mengapa tetapi yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Tanpa vaksin lebih memudaratkan kecuali mereka boleh membuktikannya”

Syariat Islam antaranya menuntut pemeliharaan kesihatan dan nyawa dan dalam konteks berkaitan penggunaan vaksin perlulah berpegang kepada konsep Islam.

Itulah pandangan pihak mufti, harap pihak yang menolak vaksin ini terutama yang beraga Islam akan mendengar pandangan dari pihak Mufti ini iaitu orang paling arif dalam bidang agama.

Sumber: FMT, Malaysiakini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here