Hulu Langat dilanda Banjir Kilat.. Difahamkan Ketinggian Air dianggarkan Mencecah 0.45 meter ..

 

Pagi tadi lebih 10 buah kampung terjejas teruk akibat banjir kilat yang melanda di kawasan Hulu Langat untuk tempoh yang lama (5 jam) mengakibatkan paras air Sungai Langat meningkat, dan gagal untuk menampung kapasiti hujan yang tinggi.

Antara kawasan yang kampung yang terlibat adalah Lui, Kg Perdik, Bt 18, Bt 17, Bt 16, Bt 14, Bt 13, Dusun Nanding, Sg Serai, dan juga Bt 10.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn Zafuruddin Mohd Nasir. Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.25 pagi.

“Seramai sembilan anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi, dan mendapati Kampung Dusun Tua sudah dilanda banjir.

“Difahamkan ketinggian air dianggarkan mencecah 0.45 meter dan sehingga jam 4 petang ini, air semakin surut.

Beliau berkata, pihak berkuasa membuka satu pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Taman Sri Nanding, namun tidak dapat dipastikan jumlah mangsa yang dipindahkan.

“Ketika ini, kami sedang menjalankan kerja-kerja pemantauan dan pemindahan penduduk yang terjejas akibat banjir.

Semoga warga hulu langat tabah menghadapi dugaan banjir kali ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here