“Hubungan kami gagal..” Zulin Aziz Dedah Persiapan Kahwin Dah Buat Tapi Tak Jadi Kahwin…

Selebriti popular Zulin Aziz membuat pendedahan majlis perkahwinannya tak akan berlaku kerana hubungannya dengan kekasih yang sepatutnya berkahwin dengannya telah gagal dan berakhir.

Zulin yang berumur 28 tahun berkata dia tak amhu berkongsi punca perpisahan mereka kerana ianya agak peribadi.

Malah sebelum ini, perangancangan untuk cipta lagu buat bakal suami turut terpaksa diubah. Menurutnya, dia terpaksa tuka lirik lagu yang sudah dicipta mengikut kesesuaian keadaan sekarang.

“Kita hanya merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang. Sebabnya… tidak dapat saya kongsi. Terlalu peribadi.

“Hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu. Jadi lagu yang saya dah cipta penat-penat tu untuk apa? Saya cuba kuatkan semangat dan mengambil hikmah disebalik kejadian.

“Saya terpaksa tukar lirik lagu tu sesuai dengan keadaan sekarang dan teruskan hasrat saya walau tujuannya berbeza kalau sebelum ini nak dijadikan lagu tema perkahwinan kami tapi sekarang dah jadi lain”

Sementara itu, Zulin Aziz telah menegaskan apa yang terjadi bukan gimik untuk mencari publisiti murahan kerana sebelum ini dia pernah berkongsi mengenai perancangan untuk berkahwin.

“Untuk apalah saya nak buat gimik? Nak cari publisiti murahan bukan ini caranya. Saya pernah berkongsi tentang perancangan saya untuk berumahtangga bersama dengan jejaka yang saya kenali sejak tahun lalu.

“Ya, saya sudah bersedia. Itulah doa dalam tahajud saya, ya Allah temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku kejalanMu. Akhirnya saya diketemukan dengan dia. Dia menerima saya apa adanya. Saya sangat bahagia”

Dalam pada itu, Zulin Aziz sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan dan memberi kata-kata semangat kepadanya.

Sebelum ini, Zulin pernah memberitahu dia sedang membuat persiapan untuk berkahwin namun merahsiakan identiti kekasihnya tetapi akhirnya hubungan tidak menjadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here