“Hina benar orang yang takde rupa… Anda sedang hina ciptaan Allah” – Ini pula respon Noorkhiriah

Ketika ini, sedang viral isu seorang penerbit popular iaitu Datuk A Aida menerusi portal Harian Metro semalam memberi komen mengenai sesi ujibakat pelakon.

Dari kenyataan A. Aida, dikatakan ramai peserta yang hadir tiada pakej lengkap dan ini termasuk dari segi paras rupa.

Oleh daripada berita itu, pelakon hebat, Noorkhiriah tampil meluahkan rasa hatinya tentang isu ini.

Ini komen Noorkhiriah:

“Terbaca satu artikel, andai benar apa yang ditulis, hina benar orang yang takde rupa. Sian bebudak yang datang ujibakat. Wahai saudari, sedarkah anda sedang menghina ciptaan Allah. patutlah drama Melayu ni takuk ni gak.

“Terpanggil utk berkongsi cite.. akak pernah kena hina buruk, tkde rupa, gemuk, itam.. kalu tb tu leh cakap mau menjerit suh cari keja lain… nama selalu kena rejek dgn stesen even watak org gaji.. sampai patah hati dik oii.. tapi semua itu HAK ALLAH.

“Cuma dulu tak macam sekarang.. takde media2 sosial ni.. kalau undi memang undi betul.. fan2 ni kurang tak macam sekarang.. yelaa zaman dah berubah.. akak faham.. cuma bila fikir balik berapa ramai pelakon-pelakon dulu yang takde rupa tapi acting bagus nak mamp.. sori mcm kasar skit bahasa.. sebab dulu nak dapat peluang tak mudah macam sekarang.. kalau menangis memang nangis sungguh, kalau masuk selut.. jatuh ke apa ke.. semua sendiri takde stunt2..skrg base on follower..

“Akak ni dik nasib baik Allah salurkan rezeki melalui #nur.. sebab abam @budakijat masih nampak, ingat dan tau akan akak.. org lain lom tentu.. kalau ada pun watak entah pape.. maaf biarlah akak luahkan rasa sebab bagi yg benar2 nak jadi pelakon pikirlah masak2 dik.. kadang-kadang indah khabar dari rupa.. nak pemes sgt pun watpe.. sudahnya nanti kalau sakit lom tentu mampu dok spital private..

“Faham dok maksud akak? tak paham tkpe.. cuma dalam idup jgn lah kita sombong bila kita ada.. sebab kita tkde pape dik.. semua Allah punya.. maaf andai penulisan ni ada yang tak senang.. malas nak tulis ppanjang.. pendek janji paham.. sudehhh

Itulah luahan hati dari Noorkhiriah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here