“Haram tu bro. Tak takut dosa ke” ~ Pakai Hiasan Emas, Awal Ashaari Dihentam Netizen

Jika dilihat dari perkongsian di laman Instagram pelakon dan pengacara popular iaitu Awal Ashaari, ketika ini dia bersama isterinya iaitu Scha Alyahya sedang melancong ke Rome, Italy. Khabarnya mereka berdua pergi atas urusan kerja.

Akan tetapi, menerusi sekeping foto yang dimuatnaik, Awal Ashaari telah menerima kecaman dari netizen kerana dilihat telah menyarungkan barang perhiasan kelihatan seakan-akan emas di tangannya.

Ada sesetengah netizen yang menulis komen dan mengatakan bahawa Awal Ashaari seorang lelaki dan hukumnya adalah haram untuk memakai perhiasan diri daripada emas.

Walaupun pengacara ini telah menulis ianya bukan miliknya menerusi hastag #notmine, Awal Ashaari tetap tidak terlepas dari komen negatif para follower yang memenuhi ruang komen gambar berkenaan.

Selain komen tentang barang kemas emas itu, ada juga yang menulis komen tentang warna rambut Awal Ashaari yang sememangnya unik dengan warna putih kekuningan.

Ini antara komen:

aimaahmadariffin: “Kaum lelaki diharam memakai emas walaupun hanya sekadar menyarungnye..

_a.wife: “kan @awalashaari dah cakap #notmine

happy.duppyyyy: “Baca caption awal and i got excited nak baca comments. Well you know laa kan malaysian ehh tiber ehhhhhh no offense eyy

syzwniy: “Dah mcm apa aku tgok

sitiazaz: “Haram tu bro. Tak takut dosa ke.

papamikie_: ‘Nice colour

hakakcosmetik: “Dia gurau jer tu….pdahal tembaga jer tu…. kan awal

iamzanazul: “Kenapa smakin hari smakin pelik dgn @awalashaari , suka fesyen sblum ni. Yes i old fesyen tp i prefer stail lama

nuurfifizanura92: “ye wlaupn not mine tpi kn hkum ttp xblh..

razzley1: “Dah mcm bapok² kau ni mat. Rambut pun dah mcm rumput mati kena pam dgn racun parakuat..

Sumber: Ig Awal Ashaari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here