“Hakikatnya sejenis playboy, kesian Elfira..” – Foto Panas Lelaki Mirip Sufian Suhaimi Pula Tersebar

Kini masih lagi panas isu melibatkan Sufian Suhaimi dan juga Elfira Loy. Ini bermula dengan kontroversi persembahan Sufian Suhaimi yang membawa pelamin di pentas Anugerah Juara Lagu ke 33 (AJL 33).

Nama Sufian Suhaimi terus mendapat perhatian netizen dan pihak media apabila isu ini menjadi viral.

FOTO TERSEBAR PULA

Namun belum reda tentang isu ini, tiba-tiba ada satu foto mirip wajah Sufian Suhaimi bersama seorang wanita tersebar di laman sosial.

Menerusi foto yang di muat naik di Twitter oleh sebuah akaun @penumpahteh itu memperlihatkan individu tersebut sedang tidur sambil memeluk kepala seorang wanita.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan wajah wanita berkenaan kerana ditutupi dengan emoticon love.

Ini tulis pemilik akaun berkenaan:

“Awas ya jadi mangsa keadaan tapi hakikatnya Elfira yang jadi mangsa,

“Kira tak sia-sialah mendapat kemenangan persembahan terbaik walaupun hakikatnya uols sejenis playboy, kesian Elfira dituduh,”

Ini gambarnya:

Malah ada juga yang memberi gambar menunjukkan jam tangan nya sama seperti milik Sufian Suhaimi.

Ini fotonya:

KOMEN SUFIAN SUHAIMI

Dalam pada itu, Sufian Suhaimi menerusi program hiburan Hlive berkata, telah memberi respon balas. Dia berkata memang tidak pasti tentang foto berkenaan berikutan ramai yang menyerupai wajahnya.

Ini jelas Sufian Suhaimi:

“Sebelum ini ada pengawal keselamatan, macam-macamlah, saya pun tak pasti dengan gambar itu.

“Mungkin itu satu attack, isu itu tidak perlu diperbesarkan. I think its just another troll by netizen,”

KOMEN NETIZEN

Para netizen pula memberi respon pelbagai tentang gambar ini, ada yang percaya dan ada yang tidak dan mengatakan ini adalah fitnah untuk menjatuhkan Sufian Suhaimi.

Ini pula respon netizen tentang isu ini:

“tak penat ke bodoh tbur fitnah bukak aib orang.

“Eee scary nya dunia ni. Memang betullah kiamat tu dekat zaman fitnah is on wehh

“Kalau dia dh ade gf baru pon biar jelahkan dia. Ape korang sibuk. Dia sndiri buat perembahan tu n dia kata tkde kaitkan sapa2 sbb lagu ni pon memang dh dicipta sebelum kejadian putus tunang tu jadi lagi. Ape yang dia buat kat atas stage tu hanya nk sampaikan emosi. Nama pn nyanyi

“Seandai nya tidak betul dah jadi FITNAH. Kalau benda ni betul dah buka AIB orang. Kau dapat dosa macam air jap lagi.

Sebelum ini, Sufian Suhaimi pernah bertunang dengan Elfira Loy pada 6 Oktober 2017 akan tetapi hubungan mereka berakhir pada 18 Februari 2018.

Elfira Loy kemudian memilih ahli perniagaan Muhamad Faris sebagai suami. Pasangan ini bernikah awal bulan Januari lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here