Gigih Buat Kolam Sendiri Untuk Anaknya

Aktiviti mandi dan berendam dalam kolam semestinya impian semua kanak-kanak yang suka bermain air.

Disebabkan kasih seorang ibu telah bertindak untuk memenuhi impian anak-anaknya dengan membina kolam renang khas di rumah mereka sekeluarga.

Paling istimewa adalah ia merupakan hasil tangan serta penat lelah ibu kepada dua anak ini, serta suami dan adik-beradiknya bagi menunaikan impian kolam renang yang juga dilengkapi dengan taman buatan sendiri.

Wanita itu yang dikenali sebagai Zulieda Hezline Atherra Mohd Zulkifli berkata , kolam renang dengan taman itu telah siap sepenuhnya kira-kira dua minggu lalu.

Namun, berita itu baru sahaja dikongsikan pada laman Facebooknya pada Ahad sebelum ia menjadi viral di kalangan warga net.

Menurut Hezline lagi, projek kolam renang itu disiapkan lebih kurang  dalam masa satu bulan. Yang menariknya, ia dibina tanpa menggunakan khidmat bantuan professiona.

Idea yang tercetus sebelum ibu kepada dua anak ini membina sendiri kolam renang untuk anaknya:

 “Anak sulung saya, Mohammad Darryl Abrar yang berusia tiga tahun begitu suka mandi di kolam renang. Tapi rumah kami tak ada kolam renang”.

“Sudahnya, hampir setiap bulan saya dan suami akan bawa Darryl dan adik dia, Mohammad Dayyan yang baru setahun ke mana-mana hotel yang mempunyai kemudahan kolam renang untuk beristirehat,”

“Dari Kemaman, kami sanggup melalui perjalanan beratus kilometer ke Port Dickson, Negeri Sembilan bagi menikmati kolam renang di hotel yang lain”.

“Bayangkan sejak dua tahun kami sekeluarga berpindah ke rumah di Kampung Penunjuk Kijal di Kemaman, saya asyik tenung halaman rumah yang kosong sampai kadang-kadang penuh dengan lalang,” 

“Bersungguh-sungguh saya, suami dan adik-beradik korek tanah, ikat bata, buat simen, untuk siapkan taman dan sebuah kolam renang sedalam kira-kira 5 kaki”.

“Tanya pihak luar, kos buat kolam renang boleh mencecah RM50,000! Kos kami cuma kira-kira RM5,000 sekali dengan taman,”.

Wah! Sangat menjimatkan serta hasil daripada projek kolam renang ini semestinya meninggalkan kesan yang amat istimewa dihati anak-anak serta keluarga ibu muda ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here