Gerai Jual Daging “Babi” Di Ekspo Makanan Di MITC, Melaka Diarah Tutup Serta merta

Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) mengambil tindakan drastik mengarahkan tujuh gerai jualan makanan yang didapati menjual makanan tidak halal ketika Ekspo Tastefully Food and Baverage, ditutup.

Arahan itu dikeluarkan setelah beberapa gerai didapati telah menjual daging “babi” berkonsepkan makanan jalanan secara terbuka di satu ekspo makanan. Beberapa keping gambar telah diambil dan ianya jadi viral di media sosial sehingga mendapat perkongsian pengguna laman media sosial.

Satu sidang media dibuat dan Ketua Pegawai Eksekutif MITC, Abdul Wahab Ibrahim berkata, tindakan yang dilakukan bukan sahaja menutup gerai-gerai yang terbabit malah ia juga akan disertu mengikut peraturan yang dilakukan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sebaik sahaja eskpo tersebut tamat pada malam ini.

Ini kenyataan pihak MITC:

“Kami, MITC mohon maaf dan mengakui ini kesilapan teknikal membabitkan penyusunan gerai makanan tidak halal yang sepatutnya berada di ruang berasingan.

“Arahan itu juga dibuat selepas perbincangan bersama Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Mahani Masban”

“Kita juga akan lebih prihatin dan memastikan perkara yang menyentuh senstitivi orang Islam tidak berulang pada masa akan datang”

Jelasnya, ini merupakan insiden pertama yang berlaku selepas ekspo sama diadakan sejak empat tahun lalu.

Sementara itu, Penganjur Lanceford Exhibition (M) Sdn. Bhd, Dicky Lee berkata, eskpo itu sememangnya menyasarkan pelanggan bukan beragama Islam dan sebanyak 60 daripada 170 buah gerai menjual produk tidak halal.

Dalam pada itu, insiden yang tular sejak malam tadi bukan sahaja mendapat kencaman orang ramai malah menimbulkan kemarahan netizen.

Beberapa keping foto dimuatnaik oleh FB menggunakan nama Tun Carlos dan terus jadi viral:

Ini tulisnya: “Kini dah ada booth jual “babi” di dalam vanue Pesta Tastefully MITC Melaka. Sebelum ni tak pernah lagi ada booth untuk non-halal food di dalam vanue. Siap boleh masak lagi. (Sebelum ni non-halal food hanya diletak asing di luar parking itupun semuanya di dalam pek).

Jemput semua datang. Selain babi ada banyak lagi yang menarik.”

Kini dah ada booth jual "babi" di dalam vanue Pesta Tastefully MITC Melaka. Sebelum ni tak pernah lagi ada booth untuk…

Posted by Tun Carlos on Friday, 12 October 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here