Gambar Sedang Mandi Tersebar, Ini Penjelasan Nora Danish

Pelakon popular tanah air iaitu Nora Danish terkejut apabila tidak semena-mena namanya dikaitkan dengan penyebaran foto sedang mandi di laman media sosial.

Nora Danish melahirkan rasa berasa hairan kenapa para netizen terlalu pantas menyebarkan sesuatu perkara yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Memberikan respon mengenai kontroversi ini, Nora agak kecewa dengan mereka cepat untuk menjatuh hukum meskipun apa yang tersebar merupakan satu fitnah dengan niat untuk menjatuhkan orang lain.

Nora Danish yang mula popular menerusi drama berjudul Puteri ini menulis luahan tersebut di Insta Story miliknya pada Rabu.

Ini penjelasan dari Nora Danish:

“Sekarang apa? Gambar itu pula… Macam mana orang sekarang cepat betul membawang sesuatu yang tak pasti atau tak betul,”

“Kasihan anak-anak saya, harap mereka kuat untuk berdepan pihak yang suka menjatuhkan dan mengaibkan orang,”

Jadi Nora Danish menafikan gambar berkenaan, dan ianya mungkin telah diedit oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Sebelum ini, melalui ruangan gosip sebuah portal hiburan ada menulis mengenai penyebaran foto yang dimuat naik Nora di Instagram.

Gambar tersebut memperlihatkan refleksi pada cermin seakan-akan aktres cantik ini seperti tidak memakai sebarang baju.

Itulah penjelasan Nora Dansh tentang hal ini. Semoga Nora Danish sabar dengan dugaan seperti ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here