Gaji dah bayar… Rozita Che Wan akan saman bekas pemandu.. Ini kisah yang berlaku

Memang panas tentang isu Rozita Che Wan tak bayar gaji bekas pemandunya.

Seorang individu bernaam Riduan yang merupakan bekas pemandu peribadi mendedahkan Rozita Che Wan dan Zain Saidin tidak membuat bayaran gaji.

DAH BAYAR GAJI

Hari ini, akhirnya Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa Che Ta telah menjelaskan hal sebenar. Kata Che Ta, dia sudah melakukan pembayaran gaji kepada pemandunya berjumlah RM2,000 pada hari Khamis.

Che Ta berkata lagi, gaji pada bulan Februari dibayar agak lewat berikutan dia banyak urusan.

Ini jelas Che Ta:

“Bayar tetap bayar. Gaji dia sudah dibayar penuh seperti biasa berjumlah RM2,000 hari ini. Gaji dia bulan pertama dibayar seperti biasa.

“Cuma untuk bulan Mac saya terlambat bayar kerana tidak masuk ke pejabat untuk menguruskan hal kerja termasuk pembayaran gaji. Kebiasaannya saya akan bayar gaji setiap hujung bulan atau selewat-lewatnya sebelum masuk tarikh ketujuh bulan seterusnya. Itu standard biasa”

Berdasarkan Akta Pekerjaan 1955, setiap majikan mesti membayar upah atau gaji kepada pekerja selewat-lewatnya pada atau sebelum hari ketujuh setiap bulan.

Malah, komen berbaur hasutan itu turut meminta orang ramai membuat laporan menyekat Instagram Rozita dan suaminya pelakon Zain Saidin.

PRESTASI KERJA TAK MEMUASKAN

Dalam pada itu, Rozita berkata, lelaki beridua 21 tahun itu menunjukkan prestasi kerja yang agak ‘buruk’ sepanjang dua bulan bekerja dengannya. Dakwaan kononnya lelaki itu bekerja lebih masa sehingga keletihan adalah tidak benar sama sekali.

“Kalau dia muat naik dalam status di Facebook, cakap kena kerja pada dari pukul 7 pagi hingga 12 malam sampai letih. Kenapa tak tulis pula sepanjang masa itu, masa banyak dihabiskan dengan membuta (tidur).

“Tak cukup saya cakap jangan tidur di sofa di pejabat, dia sambung pula di surau. Sebelah malam pula sanggup ambil kerja lebih masa dengan menjadi pemandu Grab sampai lewat pagi.

“Soal nak buat kerja lain itu saya tak pernah larang, tapi sampai etika kerja jadi ‘ke laut’ hingga tak datang tepat waktunya, apa saya patut beri muka dengan orang macam ini. Banyak kesalahan dan masalah yang ditimbulkan, tapi saya cuba pejam mata. Nampak gayanya, dia cuba menguji tahap kesabaran diri,”

TERTIDUR BAWA KERETA

Tambah Che Ta, bekas pemandunnya it juga pernah membahayakan dirinya apabila dia terlelap ketika sedang memandu.

Ini pendedahan dari Che Ta tentang kejadian berkenaan:

“Dia pernah terlelap waktu memandu ketika kami dalam perjalanan ke Johor. Saya minta dia berhenti memandu dan membasuh mukanya. Dia harus fikir dengan sikapnya itu, nyawa orang lain boleh tergadai,”

AKAN SAMAN MALU

Kerana isu ini jadi viral, Che Ta berkata, dia akan mengambil tindakan tegas terhadap lelaki itu yang telah memalukan dan menjatuhkan reputasinya.

Che Ta berkata, dia akan membuat tuntutan saman malu dan permohonan maaf secara terbuka daripada lelaki terbabit.

“Dengan apa yang sudah dia lakukan kepada saya dengan mengadakan cerita tak benar sekali gus jatuh fitnah dan memalukan, kami akan ambil tindakan tegas.

“Kami sudah berhubung dengan peguam untuk tindakan mahkamah. Malah kami juga nak buat saman malu dan memohon dia melakukan permohonan maaf secara terbuka,”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here