(FOTO) Tahniah!! Nelydia Senrose dah nikah.. Kini selamat bergelar isteri kepada Hafez Halimi

Pelakon cantik Nelydia Senrose kini sah bergelar isteri kepada Hafez Halimi pada hari ini, iaitu hari Sabtu 6 April 2019.

Pasangan ini telah selamat disatukan petang tadi di hotel terkemuka tanah air, JW Marriott Hotel Kuala Lumpur.

Nelydia atau nama lengkapnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 24 tahun, nampak cantik jelita apabila dikenakan solekan oleh Syed Faizal dan memakai busana pengantin dari Ezuwan Ismail.

Mas kahwin yang diberikan ialah RM10,000 (sepuluh ribu ringgit).

Pada majlis itu juga pihak lelaki memberikan sembilan dulang hantaran berbalas dan telah dibalas dengan sebelas dulang oleh pihak perempuan. Namun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan kedua belah keluarga.

Jom layan beberapa momen sekitar majlis pernikahan Nelydia Senrose dan juga pasangannya Hafez Halimi.

Khabarnya, Nelydia Senrose mula menjalin hubungan dengan Hafez Halimi sejak April 2018. Dia telah memaklumkan dirinya sudah bersedia mendirikan rumah tangga selepas kembali dari menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah, Disember tahun lepas.

Nelydia juga tidak menyembunyikan kenyataan itu apabila membuat pengakuan bakal menamatkan zaman gadis menerusi perkongsian beberapa video sempena majlis parti bujang di laman sosialnya, awal bulan lalu dan juga telah berkongsi video malam berinai semalam.

Tahniah diucapkan kepada Nelydia Senrose dan pasangannya. Semoga bahagia!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here