Pasangan selebriti popular tanah air, pelakon Fasha Sandha dan pelakon Aidil Aziz akhirnya mengesahkan bahawa mereka berdua sudah melangsungkan majlis itu pada hari ini.
Fasha yang kini berumur 34 tahun, memberitahu pertunangannya dengan Aidil Aziz telah berlangsung di kediamannya di Ampang, Selangor dan hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat sahaja.
Ini jelas Fasha Sandha:
“Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib.
“Saya bersyukur kerana Aidil dan keluarganya menerima saya dan anak-anak dengan baik sekali.
“Saya berharap pertunangan ini akan berkekalan sehingga ke perkahwinan”
Dari foto, majlis pertunangan berkenaan bertemakan warna ungu dan Fasha Sandha kelihatan anggun mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini dan disolek oleh juru mekap popular Alha Alfa.
Aidil Aziz telah menghantar tiga dulang hantaran dan berbalas lima dulang daripada pihak Fasha Sandha.
Fasha Sandha telah disarungkan sebentuk cincin tanda pertunangan oleh ibu Aidil Aziz iaitu Rokkiah Md Noor sambil disaksikan oleh ayah Aidil, Abdul Aziz Ishak.
Ahli keluarga Aidil Aziz telah datang dari Rembau, Negeri Sembilan. Turut hadir, ibu Fasha iaitu Tehman bersama kaum keluarganya bagi memeriahkan majlis pertunangan ini.
Sementara itu, Fasha Sandha memberitahu hatinya terbuka untuk menerima Aidil kerana personaliti dan cara dia melayan anak-anak. Selain itu, Aidil Aziz juga bijak mengambil hati ibunya.
Fasha memanggil panggilan manja buat Aidil dengan panggilan Pak Ngah. Ini komennya:
“Pak Ngah (panggilan manja) telah melamar saya pada 21 Jun lalu dan saya mengambil masa beberapa bulan untuk memikirkan tentang perkara ini.
“Saya sebenarnya khuatir dan dilema untuk menerima pada mulanya. Namun saya lihat kualiti yang ada pada Aidil. Dia juga cukup akrab dengan kedua-dua anak saya sejak awal saya perkenalkan kepada mereka lagi.
“Saya tertarik kerana Aidil meletak usaha dan inisiatif untuk mendekati anak-anak saya dengan meluangkan masa, dan bijak mengambil hati mereka berdua,”
Ini foto tunang:
Sebelum ini, Fasha Sandha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun ia berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan dengan Jejai, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal 4 tahun dan Putri Raysha Jemyma yang kini 3 tahun.