FOTO: Comelnya Siti Aafiyah Pakai Tudung.. Ini Pula Respon Siti Nurhaliza

Siti Aafiyah merupakan bayi paling popular di Malaysia ketika ini. Anak kepada pasangan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga Datuk Seri Khalid (Datok K) ini mula menjadi tumpuan ramai sejak hari pertama kelahirannya lagi.

Ketika majlis pengumuman namanya, memang ramai yang menonton live ketika itu. Memang popular habis Siti Aafiyah ini.

Siti Nurhaliza juga ada beberapa kali memuatnaik foto anak kecilnya itu di Instagram walaupun tidaklah selalu. Dan kadangkala ahli keluarga yang lain turut berkongsi foto kecomelan Siti Aafiyah ini.

Baru-baru ini, menantu Siti Nurhaliza iaitu Tya Ariffin ada memuatnaik foto terbaru Siti Aafiyah. Yang menariknya foto itu memperlihatkan baby cute ini sedang memakai tudung dan sedang tersenyum. Apa lagi, memang ramai yang puji kecomelan Siti Aafiyah.

Malah Siti Nuhaliza juga turut memberi respon dengan menulis bahawa senyuman yang dilontarkan oleh Siti Aafiyah di foto itu adalah saling tak tumpah seperti senyuman ayahnya iaitu Datuk Seri Khalid.

Ini tulis Siti Nurhaliza:

Selain itu, ramai selebriti lain yang turut menulis komen di gambar berkenaan. Ini antaranya:

Sehingga kini, gambar yang dimuatnaik oleh Tya Ariffin itu menerima like yang begitu banyak dan komen sehingga lebih dari seribu jumlahnya. Itulah penangan Siti Aafiya, anak penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sumber: Ig Tya Ariffin /CTDK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here