Finalis Gegar Vaganza, Amelina Buat Laporan Polis

Finalis rancangan Gegar Vaganza musim ke 5 (GV5) dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah kononnya penyanyi itu menghina pekerjaan tukang cuci (cleaner).

Jelas penyanyi dangdut ini, individu terbabit telah mencetuskan provokasi di Instagramnya secara keterlaluan dan enggan berdamai dengannya.

Malah, akaun itu telah menyekat akses Amelina hingga memaksanya untuk berhubung dengan peguam bagi mengelakkan masalah itu berlarutan.

Ini penjelasan dari pihak Amelina:

“Ini adalah kisahnya apabila Kak Long (gelaran Amelina) hilang sabar, naik angin dan hampir-hampir nak jadi hulk disebabkan sikap kurang cerdik sesetengah netizen yang masuk ke laman media sosial Kak Long dan menimbulkan kekecohan melampau!

“Kak Long memang giler, tingtong dan sporting tapi sorry sangat Kak Long terpaksa mengaku yang Kak Long tak boleh handle dan cepat emotional dengan manusia yang sengaja nak wujudkan sentimen negatif, menghasut dan memfitnah.

“Sangat tak faham sesetengah mereka sanggup create fake account dan kemudian sengaja masuk kat semua IG artis untuk provoke menyakitkan hati.

“Dah takde kerja lain ke?! Nmpk sgt kehidupan mereka ni sedih dan malang”

Terdahulu, Amelina memuat naik beberapa rakaman video ketika penggambaran program Trek Selebriti di sebuah kilang tempatnya bekerja lebih kurang 25 tahun yang dulu.

Menerusi video terbabit, Amelina secara berseloroh mengatakan dia tidak mungkin diterima bekerja kembali melainkan jawatan cleaner yang sesuai untuknya.

Malangnya, video itu mengundang perspektif negatif segelintir netizen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here