Fasha Fobia Dengan Keguguran Minta Doakan Yang Terbaik

Sebut saja nama pelakon Fasha Sandha semua kagum dengan sifat peramah dan lemah lembutnya. Terkini apabila pelakon ini tidak mahu berkongsi tentang kehamilanya.

Jelas Fasha Sandha yang berusia 35 tahun ini memberitahu bahawa  keguguran sebelum ini telah membuatkan dia fobia dan berhati-hati untuk berkongsi hal kehamilan.

Komen Fasha Sandha lagi tentang apa yang berlaku terhadap dirinya :

“Doa yang baik-baik saja. Saya juga tidak mahu mengiyakan atau menafikan mengenai perkara itu (kehamilan)”.

“Saya mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua orang. Saya pernah alami keguguran sebelum ini dan ia membuatkan saya fobia untuk berkongsi awal”.

“Cukuplah anak-anak saya terkesan dengan apa yang berlaku sebabkan mereka sudah berharap untuk ada adik”. 

“Jadi, saya tidak mahu membuatkan mereka berasa hampa lagi,” 

“Insya-Allah, saya tetap akan berkongsi berita gembira kepada semua orang tapi mungkin selepas saya bersalin nanti,”

Disebabkan sering berkongsi gambar di laman sosial Instagram yang jelas menunjukan `baby bump’ para netizen telah pun membuat spekulasi tentang kehamilan pelakon jelita ini.

Jika sebelum ini, pelakon dan juga isteri kepada Aidil Aziz telah memberitahu umum bahawa dia mengalami keguguran semasa kandungan baru sahaja berusia lapan minggu yang membuatkan dirnya sedih.

Namun, menurut Fasha Sandha lagi dia tetap akan berkongsi kegembiraan  itu bersama dengan semua orang tetapi hanya sejurus selepas bayinya selamat dilahirkan.

Sebagai rekod, Fasha telah bernikah dengan Aidil Aziz pada Mac 2019 dan ini adalah perkahwinan kedua buat pelakon ini selepas bercerai dengan Jejai bekas suaminya.

Hasil perkongsian perkahwinan pertamanya, Fasha Sandha telah mempunyai dua cahaya mata yang diberi nama Putra Rayfal Ramli, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 4.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here