Farid Suka Nasihatkan Saya Dekati Tuhan – Diana Danielle

Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik berdarah kacukan dan juga ibu muda kepada dua orang cahaya mata dan merupakan isteri kepada pelakon Farid Kamil iaitu Datin Diana Danielle.

Sebagai rekod, Diana Danielle pernah mendedahkan di media sosial bahawa dirinya diserang `Anxiety Attack’ pada bulan lapan lalu.

Dia mengakui dirinya kini dalam pemulihan dan keadaan beransur pulih serta kehidupanya kian tenang.

Pelakon ini juga menyatakan rasa syukur terhadap suaminya iaitu Datuk Farid Kamil yang sentiasa memberi sokongan moral serta menasihati dirinya bagi mendekatkan diri kepada Allah jika dia mula merasa seperti terkena `anxiety attack’.

Komen Diana Danielle lagi tentang apa yang berlaku terhadap dirinya :

“Sekarang saya lebih sensitif dengan badan serta minda dan kalau mood terganggu, saya akan rehat disebabkan tahu tidak okey”.

“Saya juga sudah pandai rasa sebelum ia menyerang kembali. Kalau dulu saya selalu paksa diri untuk terus kerja, tapi senang untuk atasinya sekarang”.

“Farid suka nasihatkan saya untuk selalu dekati Tuhan, minta bantuan daripada Allah sebab Allah saja boleh bagi panduan. Suami kata kalau penat sangat suruh solat,”

Jelas pelakkon cantik ini lagi dia sudah memutuskan bahawa tidak mengambil sebarang ubat bagi mengatasi penyakit itu tetapi dia telah mengubah gaya hidupnya supaya menjadi lebih baik bagi mencegah ia kembali berulang.

Jika dulu Diana Danielle telah pun berkongsi secara umum tentang detik cemasnya apabila dia telah diserang `anxiety attack’ .

Di dalam video tersebut menunjukan dia sedang menangis teresak esak kerana mengalami masalah sukar bernafas serta degupan jantung yang laju malah, disebabkan masalah tersebut, Diana telah mengalami insomnia yang teruk, gelisah kecelaruan serta hilangan selera makan.

Alhamdulilah syukur kepada Allah kesihatan Diana Danielle kini semakin pulih dan diharap agar penyakit tersebut tidak lagi menyerang Diana. Semoga Diana dan Farid akan terus bahagia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here