Emma dan Syed Abdullah dah nikah? Ini komen balas Emma Maembong dan kakaknya

Lagi kisah tentang hubungan antara pelakon Emma Maembong dengan seorang jejaka bernama Syed Abdullah. Kali ini keisah mereka nampaknya menjadi semakin panas apabila timbul dakwaan mengatakan mereka sudah berkahwin.

Dakwaan terbabit menajdi bualan ramai apabila seorang pengikut Instagram @memes_puaka mendedahkan bahawa Emma Maembong dan Syed Abdullah sebenarnya dah bernikah dan kini adalah pasangan suami isteri.

Kata lelaki ini dia menjadi saksi yang mana Syed Abdullah menujukkan gambar kononnya mereka dah nikah.

Ini antara sedutan dari kata-kata lelaki berkenaan:

“Mereka berdua dah bernikah. Syed menunjukkan gambar mereka ketika dalam penerbangan ke Dubai.

“Syed mahu berhenti jadi pramugara dan menceburkan diri dalam kerjaya seni. Syed sedang kumpul duit untuk mengadakan majlis sanding dan membeli rumah,”

Menurut komen itu lagi, pengguna laman sosial terbabit terpaksa mendedahkan perkara itu kepada umum selepas kasihan melihat Syed Abdullah teruk dikecam sehingga menimbulkan fitnah.

Ini fotonya:

Sehingga kini, Emma Maembong masih lagi tak bercerita untuk memberi kepastian mengenai status sebenar dia dan Syed.

Pelakon cantik itu tidak menjawab panggilan dan mesej dari pihak media ketika ini.

KOMEN BEBY MAEMBONG

Oleh kerana tuduhan ini menjadi tanda tanya ramai pihak, akhirnya kakak kepada Emma maembong iaitu Beby maembong tampil membuat komen belas tentang hal ini.

Seorang followernya telah bertanya hal ini kepada Beby Maembong dan Beby berkata bahawa adiknya itu masih lagi belum berkahwin.

Ini jawapan dari Beby Maembong:

“belum (kahwin), fitnah merata”

Sementara itu, apabila berita ini disiarkan di Harian Metro, Emma Maembong nampaknya telah memberi respon balas tentang hal ini.

INI RESPON EMMA MAEMBONG

Emma Maembong melahirkan rasa hairan kenapa berita ini dikeluarkan dan ianya berdasarkan fitnah semata-mata.

Ini komen Emma Maembong:

Baru-baru ini, kisah Emma dan Syed yang merupakan abang kepada Menteri Belia dan Sukan menjadi buah mulut apabila ada gambar mereka telah tersebar di laman sosial

Yang menjadi perbualan adalah kerana Emma Maembong tidak bertudung dan berpakaian agak terdedah ketika bersama Syed Abdullah Syed Abdul Rahman.

Sehingga ini, kedua-dua pihak telah memuatnaik permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram masing-masing tanpa mendedahkan status hubungan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here