e- Ekspo Pendidikan & Latihan Teknikal Vokasional TVET@KPLB 2020 kini kembali tetapi dalam mode secara ONLINE.. Ketahui Potensi Peluang Pelajaran .. Pembiayaan dan juga Kerjaya pada 5 OKT – 8 OKT ini.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kini kembali dengan menganjurkan Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB secara atas talian atau e-Ekspo TVET@KPLB selama 4 hari bermula pada 5hb Oktober sehingga 8hb Oktober ini.

Tapi apa yang menariknya, kali ini e-Ekspo TVET@KPLB Tahun 2020 diadakan secara atas talian saja dan semua orang boleh mengakses di portal e-Ekspo TVET@KPLB dan media sosial rasmi facebook Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Sepanjang 4 hari ekspo ini, korang boleh akses macam-macam program terutama untuk korang yang tengah mencari peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang korang minat kerana tema e-EKSPO TVET@KPLB Tahun 2020 adalah PILIHAN KEMAHIRAN ANDA di mana sepanjang e-Ekspo ini, korang boleh tengok aktiviti kursus yang sesuai dengan minat korang. Haaa amacam best kan?

Melalui e-EKSPO ini juga, ada kontes video yang menawarkan sejumlah wang yang besar untuk korang menang. Haaa duduk rumah sambil tengok LIVE WEBINARS dan video-video je mana tahu boleh menang? Belum cuba belum tahu ya.

Tapi apa yang paling tak boleh korang lepaskan adalah sesi khidmat nasihat. Bila musim covid ini ramai yang terkesan dengan perubahan norma hidup baru. Mesti ramai di antara korang yang mencari peluang kerjaya dan juga pembiayaan.

Apa yang best di e-EKSPO TVET@KPLB Tahun 2020?

  1. Live webinars program TVET@KPLB mengikut topik focus ; Tonton program siaran langsung webinar oleh speaker/ pakar daripada setiap institusi pendidikan yang akan memfokuskan kepada topik mengenai kebolehpasaran graduan, success stories alumni, campus lifestyle, kursus/ program ditawarkan serta kemudahan yang disediakan.

2.Video kemahiran ; Tonton siaran rakaman kemahiran menarik contohnya dalam bidang automotif, kulinari, lanskap, jahitan dan sebagainya, untuk memberikan gambaran mengenai aktiviti kemahiran yang ditawarkan di setiap institusi pendidikan

3. Video & kuiz ; Tonton video kuiz institusi pendidikan mengenai program disediakan/ kemudahan pembelajaran/ campus lifestyle, success stories, sertai kuiz dan peluang memenangi hadiah wang tunai hampir RM10,000 secara keseluruhannya.

4. Khidmat nasihat oleh institusi ; Dapatkan khidmat nasihat mengenai peluang pelajaran/ bidang pengajian/ pembiayaan/ peluang kerjaya dalam bidang TVET dan lain-lain

5. Majlis perasmian penutup e-Ekspo TVET@KPLB Tahun 2020 ; Majlis Perasmian Penutup oleh YB Menteri Pembangunan Luar Bandar dengan pengisian seperti penyerahan surat jalinan kerjasama industri / Majlis Tandatangan MoU serta penyampaian sijil melibatkan peserta WorldSkill Competition (WSC) dan lain-lain.

Untuk tahu lebih lanjut dan lengkap, korang boleh je terus masuk ke laman facebook KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR dan boleh mendaftar di PORTAL e-EKSPO TVET@KPLB untuk berpeluang mendapatkan pelbagai tawaran menarik yang disediakan.

 

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here