DUGAAN: Ribut Kuat Melanda.. Khemah Roboh, Produk Rosak.. DS Vida Kerugian RM 100,000

Jutawan kosmetik iaitu DS VIDA atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman telah diduga baru-baru ini.

DS Vida telah mengalami kerugian yang dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000 apabila produk jualannya mengalami kerosakan setelah khemah di gudang penyimpanan barang telah roboh.

Ianya roboh akibat akibat dari ribut kuat yang melanda semalam.

DS Vida berkata semasa kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang, dan ketika itu 10 orang pekerja yang berada di khemah tersebut sedang membuat kerja manakala beliau dalam perjalanan ke gudang tersebut.

Ini komennya tentang kejadian itu:

“Semalam hujan lebat dan tiba-tiba angin kuat sehinggakan khemah di gudang roboh dan menghempap barang jualan.

“Pekerja saya yang berada di khemah sempat menyelamatkan diri, namun barang yang banyak di khemah seperti skincare, produk minuman, tidak dapat diselamatkan dan rosak,”

Katanya, beberapa cermin serta bumbung di gudang yang telah beroperasi setahun lebih itu turut mengalami kerosakan kerana terkena besi khemah berkenaan.

DS Vdia berkata lagi angin kuat selalu berlaku di kawasan tersebut, namun kejadian seperti itu adalah yang pertama dan beliau menganggap ia adalah ujian daripada Allah.

“Walaupun kejadian itu berlaku pelanggan tetap memberi sokongan dan datang ke gudang membeli produk saya,”

Menurut Datuk Seri Vida, produk jualan yang diletakkan di khemah tersebut adalah untuk promosi jualan murah yang dibuat selama tiga hari sejak Jumaat lepas.

Hujan lebat pukul 3.30 petang semalam menyebabkan kira-kira 20 rumah di Gugusan Manjoi telah mengalami kerosakan teruk dan ada penduduk yang terpaksa dipindahkan sementara ke surau berdekatan.

Kejadian ribut juga melanda di beberap kawasan yang lain dan banyak juga rumah yang alami kerosakkan akibat dari ribut dan tiupan angin kuat yang melanda semalam.

Sumber: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here