Dua Lelaki Direbus Hidup-hidup

Kejadian yang dilaporkan terjadi Moscow, Rusia ini telah meragut dua nyawa lelaki. Insiden yang tidak sama sekali dijangka ini telah menyebabkan kedua-dua lelaki tersebut meninggal dunia serta merta.

Mereka berdua mati direbus hidup-hidup bila kereta yang dinaiki oleh mangsa terjatuh ke dalam takungan air panas disebablan tanah jerlus di tempat parkir semalam.

Menurut laporan dari Daily Mail, kejadian yang terjadi di Penza apabila kedua-dua mangsa telah terperangkap dalam kereta terbabit hingga menyebabkan mereka menemui ajal serta merta.

Punca kejadian dipercayai berpunca disebabkan paip air panas yang pecah di bawah tanah lalu ia menyebabkan tanah menjadi jerlus.

Kelihatan beberapa keping foto  menunjukkan anggota penyelamat sedang berusaha keras bagi mengeluarkan mayat menggunakan kren dari takungan air berkenaan dan menyebabkan lubang yang amat beesar.

Menurut saksi dan juga wartawan tempatan memberitahu, terdapat sebuah lagi kereta yang melalui kawasan yang sama sebelum berlakunya kejadian malang terbabit.

Ini komen yang diberikan oleh saksi dan juga wartawan yang menyaksikan kejadian tersebut:

“Pada mulanya, terdapat seorang pemandu ternampak permukaan tanah mula mengeluarkan wap dan dia terus memecut kenderaannya.

“Tidak lama selepas itu, dua lelaki ini datang dan memarkir kereta sebelum tanah itu jerlus di bawah mereka,”

Jelas wartawan itu lagi, ada seorang pemandu kenderaan lain yang melihat permukaan tanah tersebut telah mengeluarkan wap dan dengan pantas dia terus memecutkan kenderaan dan beredar dari situ.

Dengan tindakan yang dilakukan oleh pemandu tersebut, dia bernasib baik dan dapat menyelamat diri. Namun, nasib malang pula bagi dua orang lelaki yang datang kemudian tanpa menyedari bahaya yang bakal terjadi dengan bertindak memakir keretanya di tempat tanag jerlus itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here