Drummer Ukays, Anak Dan Isteri Maut Dalam Serangan Pengganas

Seorang daripada bekas kumpulan rock terkenal zaman 90-an dan juga pemain dram Ukays, Akel Zainal yang telah menyertai kumpulan militan sejak tahun 2014 telah dikenal pasti maut awal tahun ini.

Melalui laporan BenarNews, Akel atau nama sebenarnya Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin dengan seorang lagi pernekrut utama Malaysia untuk kumpulan pengganas Negara Islam (IS) iaitu Mohd Rafi Udin juga menemui ajal dalam serangan udara Rusia di Syria.

Mohd Rafi yang dikenali sebagai Abu Ain dan Abu Awn al-Malisi serta Akel telah terkorban pada Januari dan Mac lepas begitulah menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau juga memberitahu perkara tersebeut dengan menyatakan maklumat antarabangsa daripada rakan serta sumber rakyat Malaysia di Syria.

Jelas Ayob lagi Akel telah maut  bersama dengan isteri serta anak-anaknya bersama seorang lagi pejuang IS yang merupakan warga Belgium.

Kenyataan dari Datuk Ayob Khan lagi:

“Maklumat yang diterima berkata bahawa rumah Akel di Baghouz terkena letupan bom semasa serangan udara pada Mac lalu.

“Isteri dan dua anaknya yang berumur dua dan tiga tahun juga terbunuh,”

Akel dikenal pasti mula menyertai IS semasa tercetusnya konflik di Syria dan turut ke sana memang untuk menyertai perang.

Sebagai rekod, sejak dari oktober 2014, Akel sedang giat merekrut wanita lain yang tumpuannya ialah pelajar institusi pengajian tinggi tempatan untuk ke Syria bagi merealisasikan misi tersebut.

Dipercaai salah seorang daripada pelajar itu ialah bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) yang dikenali sebagai Syamimi Faiqah telah lari ke negara itu serta telah berkahwin dengan Akel selepas berkenalan melalui Facebook.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here