Dr. Hafiz Sindir Lufya Kerana Menunjuk Belajar Agama

Nama pelakon Lufya kian popular disebabkan pergolakan rumahtangga mereka. Terbaru apabila suaminya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum dilihat menyindir tindakan isterinya yang acapkali ke kelas agama supaya bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk.

Menurut Hafiz, sepatutnya seseorang itu yang mempelajari ilmu agama adalah bertujuan menjadi orang yang lebih baik dan bukan sekadar menutup keburukan diri sendiri.

Status berbaur sindiran oleh Hafiz :-

“Belajar agama itu bagi tujuan berdakwah di samping mengajak rakan-rakan ke arah kebaikan”.

“Bukannya untuk menunjuk-nunjuk dan menutup siapa diri kita sebenar”.

“Yang penting, keikhlasan hati dan niat itu kena betul,”

Status yang dimuat naik oleh doktor tersebut menerusi laman sosial Instagram pada Ahad lepas.

Spekulasi dakwaan itu lebih jelas apabila isterinya itu baru-baru ini telah memuat naik satu video di lama Instagram yang menunjukan dia telah berjumpa dengan seorang pendakwah bebas terkenal iaitu ustaz Ebit Lew.

Pelakon itu juga telah berkongsi beberapa tip berkaitan masalah rumah tangga apabila peminatnya telah bertanyakan soalan kepada pelakon tersebut.
Kemelut rumah tangga pasangan ini telah tular di kalangan para netizen bilaLufya mendedahkan suaminya tidak bertanggunhjawab terhadap dirinya selepas 3 bulan mereka berkahwin.

Lufya juga mendakwa dirinya telah dianiya seta dipukul oleh suaminya sendiri.

Lain pula kata suaminya iaitu Hafiz, yang mendakwa bahawa sudah menceraikan isterinya itu menerusi aplikasi Whatsapp kerana itu adalah permintaan Lufya.

Namun ia telah dinafikan Lufya dan menurutnya tidak menerima mesej lafaz cerai dari suaminya.
Hafiz dan Lufya telah bernikah pada 26 November 2016 serta dikurniakan seorang anak perempuan bernama Laana Haura yang kini memasuki usia dua tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here