Dr Amalina tampil balas komen Datin Seri Shahida D’Herbs

Doktor yang agak terkenal di Malaysia kerana pernah menjadi salah seorang pelajar terbaik di SPM iaitu Dr Nur Amalina Che Bakri tampil memberi penjelasan mengenai kenyataannya berhubung khasiat herba yang digunakan dalam produk kesihatan di negara ini.

Beliau terpanggil untuk buat respon balas selepas kurang senang dengan kenyataan isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang mendakwa beliau memperlekehkan khasiat herba produk keluaran syarikatnya.

“Salam puan, ada orang tagged saya di sini. Jadi saya terpanggil untuk membuat kenyataan. Saya tidak pernah pun menyebut produk puan atau suami puan. Kalau puan yakin produk puan baik, baguslah. Berani kerana benar, takut kerana salah”

Terdahulu, Nur Shahida dalam satu komen balas kepada netizen di Instagram miliknya seolah-olah mengecam Dr Amalina yang lantang bersuara mengenai lambakan produk berasaskan herba di pasaran ketika ini.

Ini komen Datin Seri Nur Shahida.

“@putehsyawal ya dia berjaya sebab dia bijak tapi tak bermakna sebab dia bijak dia boleh condemn orang, setiap orang Allah bagi kelebihan berbeza-beza kan… apapun dengan herba-herba nenek moyang kita berapa ramai orang yang dah sembuh dengan asbab niat kerana Allah”

Menurut Dr Amalina, beliau hanya memberi nasihat perubatan kepada orang ramai berdasarkan pengetahuannya sebagai seorang doktor. Malah jelas Dr Amalina lagi, produk keluaran syarikat usahawan kosmetik itu langsung tak pernah disebut dan juga dikecam secaar terbuka olehnya.

Ini komen balas dari Dr Amalina yang menjadi viral.

“Itu tanggungjawab saya sebagai seorang doktor untuk memberi maklumat sebenar. Saya mengatakan fakta benar berdasarkan kajian yang dijalankan bertahun-tahun”

“Saya tak pernah condemn produk puan. Saya cuma mahu rakyat Malaysia berhati-hati dan mendapat nasihat doktor dulu sebelum membeli apa-apa produk,”

Menurutnya, lambakan produk di pasaran walaupun dikatakan ada mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merosakkan organ dalaman. Tegas Dr Amalina, beliau hanya mahu melihat rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang sihat dan pakar buah pinggang selalu menerima pesakit yang salah makan produk kesihatan.

“Pakar sakit pinggang adalah antara specialist yang mengendali ramai pesakit sebegini”

“Itu sahaja permintaan kami kerana kami para doktor yang merawat pesakit-pesakit ini.

“Saya doakan yang baik-baik sahaja dan semoga dimurahkan rezeki. Selamat menjalani ibadah umrah. Terima kasih”

Datin Nur Shahida ketika ini sedang menunaikan ibadah umrah bersama dengan anak bongsunya, Yusoff Al- Qardawi di Mekah.

Dr Amalina telah memuat naik posting paparan skrin komen Nur Shahida berserta dengan penjelasannya di Twitter, awal pagi Ahad. Posting berkenaan menjadi viral.

Baru-baru ini, Dr Amalina turut menjawab persoalan netizen mengenai penggunaan arang untuk memutihkan gigi. Ubat gigi arang menjadi perhatian sejak kebelakangan ini selepas lagu ‘serbuk arang gigi’ menjadi siulan orang ramai.

@DrAmalinaBakri menulis: ÔÇťArang tidak memutihkan gigi. Based on published studies, there is no evidence that charcoal can whiten your teeth. It cleans your teeth but it DOES NOT whiten your teeth. (berdasarkan kajian, tidak ada bukti yang menunjukkan arang boleh memutihkan gigi. Ia boleh membersihkan gigi tetapi tidak memutihkan gigi).

“Penggunaan dalam jangka masa panjang juga akan membuatkan lapisan gigi anda nipis, it can weaken your enamel,”

Itulah isu melibatkan Dr Amalina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here