Doktor saran Fathia Latiff jumpa pakar psikiatri, namun pelakon ini tetap tak mahu..

Minggu lepas memang agak kecoh di media sosial tentang tersebarnya sebuah video menunjukkan seorang wanita berambut pendek mirip pelakon Fathia Latiff tersebar. Susulan penularan gambar tersebut, rata-rata peminatnya kecewa dan tertanya-tanya kenapa Fathia Latiff jadi seperti itu.

Malah ada juga produser drama yang sudah serik utuk membantu Fathia Latiff apabila melihat video berkenaan kerana Fathia seperti masih lagi belum berubah.

Dalam perkembangan terbaru, baru-baru ini menerusi satu temu bual khas bersama Kosmo!, Fathia mendedahkan tentang penyakit yang dihidapinya.

Katanya, memang ada doktor yang telah menyarankannya merujuk dengan pakar psikiatri untuk melakukan pemeriksaan berkaitan tahap mentalnya.

Namun, Fathia Latiff menegaskan dia lebih tahu tahap kesihatannya dan tidak memerlukan sebarang rawatan dari pakar psikiatri.

Ini komen Fathia Latiff:

“Saya pernah dinasihatkan dan diarahkan doktor untuk mendapatkan rawatan berkenaan dengan gejala gangguan bipolar yang mungkin dialami.

“Saya tidak memerlukan itu semua dan memutuskan secara muktamad untuk tidak akan melakukannya. Lagipun saya tahu tahap kesihatan diri sendiri selain masih mampu menguruskan diri sendiri tanpa memerlukan sebarang rawatan.

“Justeru, sebelum ini, doktor ada sarankan saya untuk melakukan rawatan lanjut dan merujuk dengan pakar psikiatri, namun saya menolak untuk tidak berbuat demikian kerana tahu tahap kesihatan serta mentaliti diri sendiri,”

“Memang saya akui banyak kesilapan yang dilakukan tatkala umur sedang meningkat naik. Saya tahu bukan senang untuk mengembalikan semula kepercayaan orang lain selain mengubah pandangan berbaur negatif mereka,”

“Buat masa ini, apa yang saya mampu dan boleh lakukan adalah dengan hanya meminta maaf. Walaupun ia kerap kali diungkapkan, namun percayalah yang saya jujur dan rendah hati memohon kemaafan itu. Saya tekad untuk menjadi insan yang lebih baik dan diterima semua pihak.

“Namun jika ada yang masih mempertikaikan permohonan maaf dan kerap mengungkit kisah silam serta dosa lampau, saya tidak boleh buat apa-apa apatah lagi menghalang hak mereka (netizen) untuk berbuat demikian,”

Apa pun diharap Fathia Latiff akan terbuka hati untuk membuat pemeriksaan dan rawatan kerana masih ramai para peminat diluar sana yang masih menyayanginya dan sentiasa memberikan sokongan agar dia dapat berubah.

Sebelum ini, Haji Zil, produser drama telah membuat kenyataan dan berharap keluarga Fathia Latiff tampil memberi bantuan kepada pelakon berkenaan melihat sikap Fathia itu.

Apapun, sebagai peminat kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Fathia.

Sumber: Portal kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here