Doktor Pukul Bekas Isteri Dan Mentua Disahkan Waras Oleh Mahkamah

Jika anda masih ingat dengan kejadian berkaitan dengan seorang doktor yang telah memukul bekas isteri serta bapa mentuanya tular apabila video kejadian tersebut tersebar di media sosial.

Perkara itu telah didedahkan oleh seorang kenalan rapat mangsa yang dikatakan tidak tahan diperlakukan sebegitu rupa dan dengan kuasa viral doktor tebabit telah ditahan dan diambil tindak oleh pihak polis.

Doktor biadap dan keji itu telah bertindak memukul kepala bekas isterinya di tempat public serta menghentak kepala bapa mentuanya.

Terkini apabila satu lapor ran oleh akhbar Sinar Harian berkata bahawa doktor tersebut yang mendakwa mempunyai masalah mental telah dibuktikan bahawa dia sebenarnya waras semasa melakukan perbuatan tersebut.

Sebaik sahaja video dia memukul kedua-dua mangsa tersebut viral di media sosial suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh dan memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Tetapi suspek dilepaskan dengan jaminan pihak polis atas faktor kesihatan mental pada hari sama. Doktor tersebut telah menunjukan surat rujukan perubatan bahawa dia telah disahkan mengalami tekanan perasaan sebelum diarahkan menjalani pemeriksaan perubatan.

Doktor tersebut dikatakan telah menghidapi ‘bipolar disorder’ (kecelaruan efektif) dan mengikut laporan kesihatan tertulis dan tertuduh telah diarahkan supaya menjalani pemeriksaan selama sebulan oleh mahkamah.

Pihak mahkamah juga telah mendapati bahawa doktor tersebut dalam keadaan yang sedar dan waras serta mengetahui perbuatan keji yang dilakukan itu adalah salah di sisi undang-undang dan dia juga boleh hadir ke mahkamah bagi membela dirinya.

Doktor tersebut telah didakwa atas dua pertuduhan iaitu dengan sengaja mencederakan bahagian kiri atas kepala bekas isterinya dengan menggunakan telefon bimbit serta mendatangkan cedera serius di dahi bapa mentuanya.

Pihak mahkamah juga telah memutuskan tertuduh dijamin dengan RM12000 dengan seorang penjamin sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here