Dituduh sebagai punca penceraian Rashdi Ishak dan Vanidah Imran, ini respon balas Fify Azmi

Seorang gadis jelita telah dikaitkan dengan Rashidi Ishak setelah pelakon berkenaan mengumumkan sah telah bercerai dengan Vanidah Imran.

Gadis berkenaan ialah Fify Azmi yang juga merupakan peserta dan finalis Dewi Remaja.

Habis laman IG miliknya kena bambu dengan netizen yang buat spekulasi secara membuta, Fify Azmi ternyata terkesan dengan hal ini.

Tak mahu terus berdiam diri, Fify Azmi kini tampil dan menjelaskan dia sebenarnya langsung tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Rashidi Ishak.

Fify Azmi berkata, dia sendiri terkejut selepas dituduh menjadi punca perceraian Rashidi dengan isterinya, Vanidah Imran.

Ini komen Fify Azmi:

“Saya tiada kena mengena dalam hal rumah tangga abang Rashidi dan isu perceraian Abang Shidi (Rashidi). Malah, kami sebenarnya sudah lama kenal.

“Ketika kami menjalani penggambaran klip video iklan produk minyak wangi (Starrasky) pun, mereka sudah bercerai.

“Saya sendiri sedih dan terkejut apabila mendapat tahu mengenai perkara itu”

Kes ini berpunca beberapa video romantik yang sebenarnya merupakan iklan produk minyak wangi yang dimuat naik di laman sosial Rashidi.

Kelihatan mesra di dalam iklan video tersebut, Fify berkata, dia berharap orang ramai tidak salah faham hubungannya dengan pelakon berkenaan.

“Saya harap orang tak salah faham dan kita doakan yang terbaik untuk abang Rashidi dengan kak Vanidah.

“Lagi satu saya dengan abang Rashidi sudah lama kenal dan hubungan kami sudah macam abang dan adik,”

Rashidi Iskan sebelum ini membuat pengumuman pada hari Rabu lalu yang mana dia mengesahkan sudah bercerai dengan pelakon Vanidah Imran pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga.

Secara tiba-tiba, nama finalis Dewi Remaja 2014/2015 Fify Azmi mula menjadi perhatian apabila dikaitkan sebagai punca hubungan rumah tangga pasangan Rashidi Ishak dan Vanidah berakhir.

Sumber: mStar / BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here