Dituduh Jual Produk Beracun Syatila Melvin Mengamuk

Sebut sahaja nama pelakon popular Syatila Melvin yang merupakan isteri kepada pelakon popular Shahizey Sam semua orang akan kenal.

Terbaru apabila pelakon ini telah menjual produk kecantikan bersama adik-beradiknya yang berjenama Kekasih.

Syatilla Melvin menerusi laman IG telah mengamuk apabila ada individu telah menuduh produknya itu mempunyai bahan merkuri.

Dia yang bengang dengan tuduhan tidak berasas daripada individu itu telah memuat naik status individu tersebut dan menuntut permohonan maaf secara terbuka akibat dari dakwaan tersebut.

Jelas Syatilla Melvin lagi, dia juga mahu wanita berkenaan memberikan bukti kukuh dakwaan yang membuktikan dakwaan produknya mengandungi racun.

Komen Syatila Melvin lagi :

“Okay aku rasa dia main dengan silap orang. Siapa kenal perempuan ni? Hang silap besar sebab hang mention nama aku kat public dan fitnah periuk nasi aku”.

“Aku nak hang respon dan minta maaf dalam masa terdekat! Bagi bukti yang kukuh sekali. Jangan tunjuk sangat yang akal hang bubuh kat lutut. Sebelum aku sagat muka hang kat jalan dan saman, hang tolong respon”.

“Aku akan besarkan benda ni kalau hang tak tak mai minta maaf dan tarik semua benda! Followers Tilla, tolong aku buat kerja sat cari mangkuk ni”

Dengan kuasa viral sejurus sejam lepas status yang dimuat naik oleh individu tak bertanggungjawab itu dia tampil memohon kemaafan kepada Syatila Melvin.

Pelakon cantik ini juga telah memaafkan perbuatan wanita tersebut dan memberi amaran terhadap wanita itu agar tidak mengulangi perbuatan seperti itu lagi.

Semoga perniagaan Kekasih yang dijalankan oleh Syatila bersama adik beradiknya akan berjaya dan maju seperti perniagaan artis yang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here