Diselar kerana buat video tak hormati isteri, ini respon balas Hairul Azreen

Hairul Azreen telah dilabel sebagai tak hormati isteri oleh netizen kerana buat video nak buat anak secara terbuka.

Ada yang beranggapan tindakan pelakon itu memuat naik video berkenaan kepada isterinya agak keterlaluan dan ianya cerita dalam kelambu.

Namun bagi Hairul Azreen, ianya adalah sekadar gurauan yang tidak keterlaluan.

Ini videonya (KLIK SINI)

Suami kepada Hanis Zalikha itu berkata, dia hanya ingin menggembirakan isterinya itu kerana berasa rindu setelah berjauhan disebabkan menjalani penggambaran sebuah filem.

Ini penjelasan dari Hairul Azreen:

“Itu memang perangai saya, memang bergurau pun. Saya niat nak gembirakan isteri saya. Sebab saya rasa kita macam jauh, rindu kan.

“Mungkin saya tak dapat gembirakan semua orang, saya rasa macam tak ada masalah pun,”

Hairul Azreen berkata demikian ketika ditanya mengenai isu berhubung video yang dimuat naik di laman media sosial miliknya pada Khamis lepas.

Jelas bapa kepada Yusuf Iskandar itu, dia dan isterinya tidak mempunyai masalah selepas video berkenaan dimuat naik kerana semua orang yang mengenalinya tahu cara pelakon itu bergurau.

Hairul Azreen ternyata pelik perkara seperti ini pun boleh jadi isu.

Ini jelasnya lagi:

“Kami tiada masalah pun. Saya rasa semua orang tahu cara saya bergurau. Benda ni jadi isu pun saya tak faham.

“Kalau saya minta anak ketiga pun, saya akan jaga anak tu juga sebab saya tiada orang gaji”

Tambah Hairul Azreen, dia boleh mendengar kata-kata netizen sekiranya mereka memberikan wang kepadanya.

“Yang penting saya cari duit untuk keluarga saya.

“Kalau mereka bagi duit kepada saya, saya okay. Saya boleh dengar cakap mereka,”

Kini Hairul Azreen sedang sibuk menjalani penggambaran filem aksi berjudul Wira.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here