Dikecam Hebat Kerana Nasi Goreng Strawberry, Ini Respon Balas Ahmad Maslan

Semalam kecoh di laman media sosial tentang ahli politik yang juga Ahli Parlimen Pontian iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan telah memasak ‘Nasi Goreng Strawberry’.

Memang diketahui ramai, Ahmad Maslan seorang yang suka memasak dan kali ini beliau tampil dengan masakan yang agak hipster dan jarang dibuat orang iaitu Nasi Goreng dimakan dengan buah strawberry.

Ahmad Maslan telah berkongsi foto nasi goreng strawberry itu di laman media Twitter miliknya dan terus menjadi perhatian ramai.

Ini tulis nya:

“Nasi Goreng Strawberry !! Asyik2 nasi goreng. Tak reti masak yg lain ke?

“Reti tapi ini special sebab strawberry beli di #CameronHighlands sempena pilihan raya kecil

“Nasi, bawang, telur, bilis, lada, sos cili, kobis, garam, minyak sawit dan strawberry dibelah dua

“Sedap..sila cuba

Apapun, nasi goreng berkenaan telah dikritik oleh rakan ahli politik yang lain seperti Syed Saddiq dan juga Khairy Jamaluddin (KJ).

Ini komen Syed Sadiq:

“Nasi Goreng Strawberry?!?!
“Jenayah yang lebih berat dari 1MDB

Ini pula komen Khairy Jamaluddin:

“Saya penyokong tegar masakan @ahmadmaslan. Tapi ini gross.“Ini cara betul nak pakai strawberry. Boleh diberi nama Pavlova Ahmad Maslan. @ahmadmaslan

RESPON BALAS AHMAD MASLAN SETELAH DIKECAM

Melihat dirinya telah dikecam teruk oleh orang ramai tentang resepi tersebut, akhirnya Ahmad Maslan telah memberi respon balas.

Katanya, itu bukanlah resepi pertama kali dibuat dan sebenarnya ada orang lain yang dah masak menggunakan strawberry.

Baca respon balas Ahmad Maslan:

“Saya tak kata resipi saya sesuatu yg original.

“Org lain pun dah buat nasi goreng strawberry & nasi lemak strawberry. 4 gambar ini bukan masakan saya. Org lain dah buat pun. Apa yg nak dihairankan sangat.

“Kreativiti itu tanpa had. Yg tidak jenayah & tidak berdosa boleh dicuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here