“Dia seperti memalukan diri sendiri” – Respon Datuk Seri Vida Tentang Komen Nabil

Sedang panas perbalahan antara dua figura popular tanah air iaitu Nabil Ahmad dan juga Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV).

DS Vida telah tampil membalas kenyataan Nabil yang menulis komen di laman IG miliknya baru-baru ini. DS Vida telah menegaskan beliau tidak tahu menahu tentang hutang tertunggak yang dibangkitkan pengacara Nabil Ahmad.

Jutawan kosmetik ini terkejut dengan tuduhan tersebut yang dianggap tidak berasas. DS Vida turut mengatakan Nabil seolah-olah memalukan dirinya sendiri kerana melemparkan tuduhan tidak benar itu.

Ini jelas DS Vida:

“Saya rasa tak ada apa hutang pun dengan dia. Saya pun tak tahu projek apa yang dimaksudkan. Bila saya cakap dia dan Jihan tak tegur saya, tiba-tiba dia cakap saya ada hutang pula. Terkejut juga saya”

“Kalau dia cakap macam tu dia seperti memalukan dirinya sendiri”

Pada masa sama, Vida turut terkilan dengan perkataan ‘mak cik’ yang ditulis Nabil dalam ruang komen di Instagram miliknya.

“Dahlah tu siap panggil mak cik kat saya. Mak cik sangat ke… amboi”

DS Vida turut menegaskan bahawa Nabil dan Jihan tidak menegurnya semasa beliau hadir ke konsert akhir Gegar Vaganza 5 (GV5) Ahad lalu.

“Betul… buat apa saya nak tipu. Kakak saya kata aloh mu dah taja GV empat tahun, takkan Nabil tak tegur mu.

“Saya kata tak tahu dia, takkan tak nampak saya. Penonton dekat (tempat duduk) atas siap jerit lagi Datuk Seri… Datuk Seri. Mereka hanya lalu sahaja”.

Itulah komen balas dari Datuk Seri Vida tentang isu yang terjadi dengan Nabil Ahmad.

Kisah ini bermula apabila DS Vida meluahkan rasa kesal kerana Nabil dan Jihan tak menegurnya ketika di konsert akhir Gegar Vaganza.

Nabil kemudian memberi komen mengatakan DS Vida menfitnah dirinya dan turut mempersoalkan mengenai hutang tertunggak yang didakwa masih belum dibayar Vida.

Ini komen Nabil:

“Ya, dia masih belum bayar hutang saya yang mencecah puluhan ribu ringgit sejak dua tahun lalu. Ia projek dan kerjasama antara kami sebelum ini. Dah lama saya tunggu.

“Sejujurnya, saya tak heran sangat tentang duit itu tapi saya geram apabila dia fitnah kata saya tak tegur dia masa di Konsert Akhir Gegar Vaganza 5.

“Sebab itu saya tinggalkan komen isu hutang itu di video Instagramnya, selama ini saya tak pernah kisah tentang hal itu”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here