“Dia perlukan bantuan..” – Komen Caprice tentang Suhaimi Saad

Nama Suhaimi Saad mencanak naik hari ini setelah mencabar angkasawan negara untuk bersumpah bahawa bumi itu bulat.

Angkasawan gnegaar iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pula telah memberi respon bahawa sememangnya bumi itu berbentuk seperti sfera atau lebih tepat lagi geosfera dan seakan bentuk telur.

Apabila Dr Sheikh Muszaphar Shukor memberi respon, Suhaimi Saad dilihat turut menulis jawapan balas yang terus membuatkan netizen ‘terkesan’ dan ‘berang’ dengan respon dari Suhaimi Saad itu.

Isu ini nampaknya menjadi lebih besar apabila ramai yang mula berbincang tentang isu berkenaan dan ianya turut mendapat perhatian seorang artis yang sering memberi komen tentang isu semasa iaitu Caprice.

Penyanyi rap ini telah membuat satu video tentang Suhaimi Saad di laman IG miliknya.

Kata Caprice, tak perlulah untuk berdebat dengan Suhaimi Saad kerana dia seorang yang memerlukan pertolongan.

Caprice juga berkata, apabila dia melihat Suhaimi Saad, terdapatnya tanda seperti seorang yang ada sakit mental (mental illness).

Ini kata Caprice di videonya:

“Suhaimi Saad (sebelum ini seorang penyanyi nasyid) telah viral sejak kebelakangan ini dengan beberapa klaim yang agak gila seperti saiz bulan dan matahari itu sama, dan yang terbaru mengatakan bumi itu leper. Malah dia mencabar angkasawan untuk angkat sumpah tentang bentuk bumi.”

“Oh man, saya google dan facebook dia, namanya di Fb ialah MOSUS. Di masa ini, ia menjadi lebih jelas, yang lelaki ini perlukan bantuan”

“Dengar bro, saya bukan psychiatrist tapi saya kenal orang yang seperti itu dalam masa 10 tahun ini, dan saya tahu sedikit tanda mental illness. Saya rasa dia ada tanda berkenaan”

“Ia sungguh sedih untuk lihat seseorang “fall apart” di public, saya rasa itu yang berlaku. Dia ada keluarga, ada anak. Dia boleh letakkan anaknya dalam keadaan bahaya. Dia perlukan bantuan”

Ini video Caprice:

“He doesn’t need to have a debate about the earth with social media. He just needs help.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here