“Dia boleh tuduh Siti Saleha pula.. Pulangkan hak saya!” – Ezlynn

Penyanyi yang telahpun bercerai, Ezlyn Ariffin meluahkan rasa geram di laman media sosial semalam. Ezlyn menuntut bekas suaminya, Adam Fahmy membayar hutang berjumlah RM23,642.

Menerusi pendedahan itu, Ezlyn meminta bekas suaminya itu menyelesaikan bil tertunggak terlebih dahulu sekiranya mahu menjual rumah.

Ezlyn turut mendedahkan jumlah hutang itu termasuk yuran perkhidmatan berjumlah RM13,000, bil elektrik RM4,000 dan semua hasil kerjanya sejak 11 tahun lalu.

Penyanyi ini turut mendedahkan nama penuh Adam selain mendakwa bekas suaminya itu memberi alasan enggan bayar hutang kerana artis lain yang berhutang dengannya.

yang menajdi perbualan ramai adalah apabila Ezlyn mendakwa Adam seolah sengaja menuduh pelakon Siti Saleha pula yang berhutang dengannya.

Ini luahan dari Ezlyn:

“Sila bayar hutang yang awak hutang saya.. jangan tak mengaku bila orang suruh bayar.. jangan tuduh org lain yang hutang pulak.. Kalau awak nak jual rumah ni bayar dulu bil-bil yang tertunggak yang awak tinggal dulu.. RM13k service, electric bills RM4K. Dan semua hasil kerja aku selama 11 tahun pulangkan dulu semua hak aku.. Baru kau ada hak dalam hasil jualan rumah ni.. mengerti?

“Tolong sampaikan pesanan Ini kepada sipolan ,sbb sipolan block saya. Nama penuh.. Adam Fahmy Shamsudin tolong tag manusia ni.. menyusahkan kan hidup orangg .. Alasan dia tak nak bayar hutang katanyer Siti Saleha yang hutang saya.. dia boleh tuduh Siti Saleha pulak.. kesian budak tu, tak pasal-pasal kena.

Dalam pada itu, beberapa kenalan Ezlyn yang mengikuti perkembangan isu berkaitan turut mendedahkan mereka juga gagal menghubungi Adam selain mendakwa nombor mereka turut disekat oleh Adam sebelum ini.

Untuk pengetahuan, Ezlynn pernah mendirikan rumah tangga dengan Adam Fahmy yang juga bekas pengurus peribadinya pada 20 November 2011 namun bercerai pada 23 Oktober 2017.

Sumber: IG Ezlyn

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here